Oleh pada 03 Jan 2022 kategori
gegar vaganza 2021 889

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  
Kini tinggal sembilan penyanyi profesional meneruskan persaingan di rancangan realiti, Gegar Vaganza musim ke 8 (GV8).
  
Untuk minggu kelapan pada Ahad ini, tema 'Ku Petik Bintang Bintang' dipilih menghiasi peringkat suku akhir itu.
  
Para peserta dikehendaki mempersembahkan lagu-lagu yang dipetik dari filem atau drama, juga lagu yang mempunyai senikata loghat negeri.
  
Mereka yang layak berada dalam pusingan ini ialah penyanyi Nikki Palikat, Adibah Noor, Aweera, Suki Low, Aliff Aziz (Singapura), Azan Scan, Shidee, Saiful Apek & Yassin Senario dan Ani Mayuni.
  
Senarai lagu tugasan yang diberikan seperti yang diumumkan di segmen 'Ada Lagu Ada Lagi' adalah seperti berikut:-
  
gegar vaganza 574

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu Kelapan - Suku Akhir

1. Nikki Palikat - Zheng Fu (Na Ying)
2. Aweera - Dia (Qody Rani)
3. Aliff Aziz - Rapuh (Nastia)
4. Suki Low - You Are My Everything (Gummy)
5. Saiful Apek dan Yassin (Saya) - Blus Terengganu Kita (Iklim)
6. Adibah Noor - Dhoom Machale (Sunidhi Chauhan)
7. Azan Scan - Right Here Waiting (Richard Marx)
8. Ani Maiyuni - Ngajat Tampi (Noraniza Idris)
9. Shidee - Di Ambang Sore (S. Effendy)
  
Lagu Pembukaan - Nabil Ahmad & Jihan Muse - Nobody (Wonder Girls)
  
  
Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Syafinaz Selamat memegang peranan sebagai pengkritik persembahan dan juga juri tetap.
  
Tidak ketinggalan, penampilan seorang juri jemputan yang diundang secara mingguan.
  
Konsert GV8 menemui penonton secara langsung pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (CH 104), selain di aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk tontonan secara online.
  
Pertandingan nyanyian yang mengambil tempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu memulakan siaran sejak 21 November lalu.
  
Mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 8 (2021)
  
  


Hakcipta iluminasi.com (2017)