Oleh pada 13 Dec 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  
11 bintang Gegar Vaganza musim ke 8 (GV8) kembali menghangatkan pentas pertandingan untuk persaingan minggu yang kelima.
  
Cabaran yang menanti mereka pada hujung minggu ini adalah lagu-lagu tugasan yang bertemakan 'Dulu Lain Sekarang Lain'.
  
Peserta yang lebih muda dikehendaki untuk mendendangkan lagu-lagu retro, manakala yang lebih berusia pula diberikan lagu-lagu daripada penyanyi 'BBNU'.
  
Mereka yang masih kekal dalam gelanggang saingan ialah penyanyi Nikki Palikat, Aliff Aziz (Singapura), Adibah Noor, Aweera, Suki, Shidee, Upiak Isil (Indonesia), Azan Scan, Saiful Apek & Yassin Senario, Bandi Amuk dan Ani Mayuni.
  
Di bawah merupakan senarai lagu yang akan dipersembahkan para peserta pada minggu pertandingan akan datang.
  

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu Kelima

1. Adibah Noor - Gajah (Tulus)
2. Aliff Aziz - Memburu Impian (Kazar Saisi)
3. Nikki Palikat - Gelombang (Salamiah Hassan)
4. Aweera - You Give Love A Bad Name (Bon Jovi)
5. Suki Low - Dancing Queen (ABBA)
6. Shidee - Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)
7. Azan Scan - Mimpi (Haqiem Rusli)
8. Saiful Apek dan Yassin (Saya) - Terakhir (Sufian Suhaimi)
9. Ani Maiyuni - Kucu Kuca (Lia Aziz)
10. Bandi Amuk - Purnama (Naim Daniel)
11. Upiak Isil - Pengemis Muda (Dato Sheila Majid)
  
  
Dikemudi oleh gandingan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pasangan pengacara, GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Syafinaz Selamat sebagai panel juri tetap.
  
Konsert GV8 menemui penonton pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (CH 104) bermula 21 November 2021.
  
Program yang dibawakan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu juga dimuatkan dalam kandungan online di aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
  
Untuk info berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 8 (2021)
   
  



Hakcipta iluminasi.com (2017)