Oleh pada 03 Jan 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Penyanyi Bandi Amuk diumumkan sebagai mangsa penyingkiran yang seterusnya di program realiti Gegar Vaganza Musim 8 (GV8), diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.

Konsert minggu ketujuh bersama tema 'Kelentang Kelentong' menampilkan lagu tugasan berentak rancak itu menyaksikan Bandi menerima markah sebanyak 53.80% selepas menyempurnakan lagu I Want To Break Free yang asalnya didendangkan oleh Queen.

Manakala, penyanyi Nikki Palikat yang mempersembahkan Rindu nyanyian asal Hetty Koes Endang dijulang di kedudukan pertama bersama dengan markah 72.30%.

Beliau sekaligus menjadi penerima Anugerah Bintang Paling Power Meow untuk minggu yang ketujuh.

Lapan lagi peserta yang memberikan saingan ialah Adibah Noor, Suki Low, Aliff Aziz (Singapura), Aweera, Shidee, Azan Scan, Ani Mayuni dan Saiful Apek & Yassin Senario.

Kesemua peserta diadili oleh pihak juri profesional tetap yang terdiri daripada maestro tersohor, Datuk Ramli MS, penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang dan guru vokal Datuk Syafinaz Selamat, bersama penampilan juri jemputan, Datuk M.Nasir.

Berikut adalah markah hasil penilaian prestasi persembahan minggu ini:-

gegar vaganza 790

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 8 (2021) Minggu Ketujuh

1. Nikki Palikat (Rindu) - 72.30%

2. Aliff Aziz (Pesan Cinta) - 71.90%

3. Suki Low (Mara Bahaya) - 69.70%

4. Azan Scan (Pelita) - 64.90%

5. Ani Maiyuni (Jikalau Abang Merindu) - 63.30%

6. Shidee (Selamat Tinggal Pujaan) - 59.40%

7. Aweera (Noktah Cinta) - 57.50%

8.Adibah Noor (Berdiri Bulu Romaku) - 56.70%

9. Saiful Apek dan Yassin / Saya (Peronda Jaket Biru) - 54.00%

10. Bandi Amuk (I Want To Break Free) - 53.80%

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu 8 (Suku Akhir)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu 8 (Suku Akhir)

Anugerah Betul-Betul Luar Biasa Digi menjadi milik Adibah Noor apabila berjaya meraih undian tertinggi di laman web rasmi GV8.

Manakala, Bintang Cuckoo Healthy Home pula dianugerahkan kepada Suki Low hasil undian penonton di laman Facebook Astro Gempak.

Diacarakan duo hos popular Jihan Muse dan Nabil Ahmad, konsert GV8 ditayangkan dalam siaran secara langsung pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Tontonan di platform online adalah melalui aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand.

Butiran mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 8 (2021)

Terdahulu, kumpulan Nico G, Datuk Fazley Yaakob dan Upiak Isil menamatkan perjuangan di GV8 apabila diumumkan tersingkir di minggu yang ketiga, keempat dan keenam.

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2021 Live + Minggu 7




Hakcipta iluminasi.com (2017)