Oleh pada 20 Dec 2021 kategori
gegar vaganza 2021 541

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  
11 bintang Gegar Vaganza musim ke 8 (GV8) meneruskan usaha bagi mengekalkan penyertaan di pertandingan realiti nyanyian itu.
  
Di minggu yang keenam pada Ahad ini, lagu-lagu yang ditugaskan adalah bertemakan 'Langkah Seiringan' yang mana para peserta perlu membawakan lagu-lagu duet bersama dengan penyanyi-penyanyi 'BBNU' masa kini.
  
Para penyanyi yang masih kekal dalam gelanggang pertandingan ialah Nikki Palikat, Aweera, Aliff Aziz (Singapura), Upiak Isil (Indonesia), Azan Scan, Suki Low, Shidee, Adibah Noor, Saiful Apek & Yassin Senario, Bandi Amuk dan Ani Mayuni.
  
Inilah senarai lagu yang akan dipertaruhkan mereka di pentas mingguan Ahad ini.
  
gegar vaganza 177

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu Keenam

1. Aliff Aziz & Iman Troye - Belenggu Rindu (Datuk Jamal Abdillah & Wany Hasrita)
2. Azan Scan & Tajul - Malam Semakin Dingin (Spin)
3. Nikki Palikat & Syamel - Gurindam Jiwa (Rafeah Buang & R. Ismail)
4. Shidee & Haqiem Rusli - Di Sudut Kamar Hatiku (Dato Jamal Abdillah)
5. Ani Maiyuni & Dinie Rashid - Chikadun (Floor 88)
6. Suki Low & Khai Bahar - Tiga Malam Tanpa Bintang (Fiq)
7. Aweera & Azmi Saat - Setahun Sudah Berlalu (Alleycats)
8. Saiful Apek dan Yassin (Saya) & Ernie Zakri - Hampir Ke Situ (Mendua)
9. Upiak Isil & Usop - Sembunyi (Misha Omar & Andy Flop Poppy)
10. Adibah Noor & Ali Sariah (Masdo) - Tanya Sama Itu Hud Hud (Dato M. Nasir)
11. Bandi Amuk & Ewal Kristal - Separuh Nafas (Dewa 19)
  
  
Rancangan yang dikendalikan secara berpasangan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu melibatkan Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Syafinaz Selamat sebagai juri profesional tetap.
  
Konsert GV8 ditayangkan secara langsung pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (CH 104) mulai 21 November 2021, dibawakan dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
  
Dimuatkan online di aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
  
Untuk butiran mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 8 (2021)
  
   


Hakcipta iluminasi.com (2017)