Kredit foto: Instagram Aweera

Siapa Aweera? Nasharul Aweera Norhissham atau nama komersialnya, Aweera merupakan antara peserta yang terpilih untuk berentap dalam rancangan realiti TV, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Edisi 2021 pertandingan nyanyian itu turut menyenaraikan 12 penyanyi berpengalaman iaitu Nikki Palikat, Suki Low, Adibah Noor, Azan Scan, Bandi Amuk, Ani Mayuni, Shidee, Datuk Fazley Yaakob, Aliff Aziz (Singapura), Upiak Isil (Indonesia), Saiful Apek & Yassin (Senario) dan Kumpulan Nico.

Untuk maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 8 (2021)

Biodata

Nama sebenar: Nasharul Aweera bin Norhissham

Nama pentas: Aweera

Umur: 30 tahun (2021)

Tarikh lahir: 24 Ogos 1991

Asal: Kangar, Perlis

Keluarga: Anak ketiga daripada empat adik beradik

Kerjaya: Penyanyi, komposer, pelakon

Instagram (IG): @aweera_official

Latar Belakang

1. Berjinak-jinak dalam bidang nyanyian sejak usia lapan tahun.

2. Aktif dalam dunia seni sejak tahun 2009.

3. Bakatnya diketengahkan menerusi rancangan realiti nyanyian, One in a Million musim ketiga (OIAM3) siaran 8TV pada 2009.

4. Ketika itu beliau baru berumur 18 tahun menjadi antara peserta termuda dan berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir - di kedudukan ketiga di belakang penyanyi Tomok (juara) dan Esther (tempat kedua).

5. Selepas tamat O1AM3, Aweera pulang ke halamannya di Perlis dan bekerja di Unit Kebudayaan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

6. Pada 2012, kerjayanya kembali mekar selepas dilamar komposer Edry KRU untuk menyertai kumpulan rock baru, Mojo sebagai vokalis. Mereka kemudiannya telah menghasilkan dua buah EP.

7. Sebagai vokalis Mojo, beliau diiktiraf di peringkat antarabangsa menerusi kemenangan anugerah Persembahan Vokal Terbaik di Hong Kong Asian-Pop Music Festival 2013 melalui lagu Andai Ku Bercinta Lagi.

8. Kontroversi bersama Mojo menyebabkan beliau angkat kaki meninggalkan kumpulan itu pada 2014 dan memilih untuk bergerak secara solo.

9. Beliau kemudian tampil pula bersama kumpulan Prime Domestic diiringi beberapa pemuzik lagenda dan kini beraksi dengan band terbarunya, Pelita Lusoh bagi mengangkat semula namanya dalam industri hiburan.

10. Antara pencapaian beliau termasuklah pernah memenangi kategori Artis Baru Terbaik (bersama kumpulan Mojo) menerusi single Andai Ku Bercinta Lagi di Anugerah Industri Muzik 2012 dan bergelar finalis Juara Lagu edisi 2012, bersama Mojo juga menerusi single Andaiku Bercinta Lagi.

11. Lagu-lagu dipopularkannya seperti Andaiku Bercinta Lagi (Mojo), Romancinta (Mojo), Terhakis, Selamatkan Aku (duet bersama Aepul Roza dan Fiq Halim), Aku Dia Dan Lagu, Wanita Cinta Teragung, Kekaseh Syurga (Pelita Lusoh) dan Sedingin Pluto (Prime Domestic).

12. Pernah terlibat dengan lakonan menerusi kemunculan dalam filem berjudul Leftwings pada 2012 dan drama bersiri Inikah Cinta (2016).

13. Menjadi peserta rancangan realiti nyanyian, Duo Star terbitan Astro, berpasangan dengan Asfan Shah pada 2016.

Fakta Aweera

1. Mempunyai 68,800 pengikut di Instagram.

2. Ketika menuntut di tingkatan empat, beliau pernah menubuhkan sebuah kumpulan heavy metal  bernama Metronome yang dianggotai bersama rakan-rakan sekolahnya.

3. Hobinya menunggang motosikal bersama kelab BS Bikers di negeri kelahirannya.

4. Abang sulungnya, Acca juga adalah pemain muzik yang menganggotai kumpulan Koffin Kanser.

5. Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan kekasihnya selama empat tahun, namun tidak dapat bertahan ke jinjang pelamin.

6. Pernah diisytiharkan muflis sewaktu usia 22 tahun.

7. Pernah tampil dengan imej berambut pendek pada 2017.

8. Dituduh netizen kononnya seorang artis yang bermasalah dan dikaitkan dengan masalah disiplin hanya kerana sering bertukar kumpulan. Aweera menafikan dan menegaskan kes yang timbul sebelum ini adalah berkaitan dengan masalah pengurusan.

Baca: Biodata Nikki Palikat, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Aliff Aziz, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Upiak Isil, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Suki Low, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Azan Scan, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Bandi Amuk, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Adibah Noor, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Kumpulan Nico, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Shidee, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Ani Maiyuni, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Datuk Fazley Yaakob, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Saiful Apek, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Yassin (Senario), Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Gambar

aweera dulu

keluarga aweera

umur aweera

aweera mojo

mojo

aweera gegar vaganza

gegar vaganza 97

aweera 254

gegar vaganza 2021 146

peserta gegar vaganza 2021 53

aweera 2021

Kredit foto: Instagram Aweera

Video

Kredit video: Romancinta - MOJO (Official Music Video)

Sumber:

1. Aweera tak pernah buat...

2. Aweera lali dilempar persepsi buruk

3. Diisytiharkan Muflis, Aweera Mahu Peminat Ambil Iktibar

4. Aweera Hidup Mewah Atas Usaha Jadi Artis

5. “Saya sudah rasa berada di puncak” - Aweera harap Pelita Lusoh kembalikan namanya dalam industri

6. Potong Rambut Pendek, Aweera Mengaku Peminat Tak Suka

7. Wikipedia Aweera

8. Wikipedia Kumpulan Mojo




Hakcipta iluminasi.com (2017)