Kredit foto: Instagram Shidee & Facebook Shidee

Siapa Shidee? Beliau merupakan peserta rancangan realiti, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang juga penyanyi era 80-an dan komposer.

Menerusi GV 2021, beliau disaingi oleh 12 penyanyi berpengalaman tanah air iaitu Nikki Palikat, Aweera, Suki Low, Adibah Noor, Ani Mayuni, Upiak Isil (Indonesia), Saiful Apek & Yassin (Senario), Azan Scan, Aliff Aziz (Singapura), Bandi Amuk, Datuk Fazley Yaakob dan kumpulan Nico.

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan GV8, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 8 (2021)

Biodata

Nama sebenar: Rashid bin Abdul Wahab

Nama pentas: Shidee

Umur: 62 tahun (2021)

Tempat lahir / Asal: Bagan Datuk, Perak

Keluarga: Siti Fairunnisa Aziz (isteri)

Kerjaya: Penyanyi dan pencipta lagu

Instagram (IG): @shidee_official

Info

1. Penyanyi era 1980-an.

2. Mempunyai lebih 2,700 pengikut di IG.

3. Lagu-lagunya yang digilai pendengar seperti Semuanya Sudah Terlambat, Janganlah Menghancurkan, Bayangan Wajahmu, Bicara Buat Teman, Amy dan Ku Sunting Kemesraan.

Latar Belakang

1. Gemar bermain alat muzik dram sejak usia kecil.

2. Meminati bidang muzik selepas sering mengikuti sebuah band.

3. Sebelum bergelar artis rakaman, beliau pernah berkhidmat sebagai penyanyi Pentas Rama di bawah Jabatan Penerangan pada tahun 1979 dan melakukan persembahan di seluruh Malaysia.

4. Pada 1986, beliau akhirnya menjadi penyanyi rakaman dengan bantuan 'abang Tik', seorang pemuzik orkestra RTM.

5. Album pertamanya dihasilkan dan diterbitkan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Nawab (Ahmad Nawab) di bawah label SCS.

6. Walaupun masih baru, lagunya unggul di carta radio selama 18 minggu, malah berjaya menundukkan idolanya, Allahyarham Sudirman Haji Arshad dan Datuk Jamal Abdillah menerusi kemenangan dalam kategori Anugerah Penyanyi Popular anjuran Berita Harian/Nescafe, hasil daripada undian peminat.

7. Tidak meminati lagu Semuanya Sudah Terlambat kerana dianggapnya tidak menguji kekuatan vokal, di samping melodi yang disifatkan mendatar. Beliau adalah peminat lagu-lagu bernada tinggi dan berlenggok Arab kerana dirasakan mempunyai feel jika dibawakan secara live.

8. Begitupun 'Semuanya Sudah Terlambat' menjadi singlenya yang paling meledak hingga berjaya meraih tempat kedua di Anugerah Juara Lagu 1987, selain merangkul anugerah Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 1987.

9. Shidee kemudian menyedari kepentingan untuk menghormati citarasa pendengar dan tidak menjadi penyanyi 'syok sendiri'.

10. Kejatuhan kariernya ketika pembikinan album keempat di bawah label rakaman Rock Records kerana tidak lagi mendapat sentuhan Datuk Ahmad Nawab, sebaliknya komposer Wan Zul yang lebih sinonim dengan lagu-lagu kumpulan Iklim.

Fakta Menarik

1. Sudah 40 tahun mengabdikan diri dalam dunia muzik.

2. Anak didik kepada komposer hebat, Datuk Ahmad Nawab.

3. Mendirikan rumah tangga ketika usia 50-an.

4. Persembahan terakhirnya di Konsert Legend Astro dan pernah menjadi juri di rancangan Kilauan Emas.

5. Masih aktif menyanyi dengan sekitar enam tawaran setiap minggu!

6. Juga berkhidmat sebagai penyanyi di Restoran D' di Empangan Udang Galah, Putrajaya.

7. Menyertai Gegar Vaganza kerana ingin mengubati kerinduan peminat yang jarang melihat kemunculannya beraksi live selepas 14 tahun menyepikan diri.

8. Tidak gentar dengan 'dugaan' pelbagai genre di GV kerana menganggap dirinya penyanyi versatil yang mampu membawakan lagu-lagu berlenggok hindi, zapin, asli mahupun slow rock.

9. Nekad mengekalkan key asal nyanyian di GV.

Kisah Peribadi

1. Berkahwin dengan Siti Fairunnisa Aziz yang jarak usia mereka adalah 31 tahun pada 1 Februari 2010. Hasil penyatuan hidup dengan isterinya telah dianugerahkan tiga orang anak yang antaranya bernama Putri Noja dan Putri Ardani.

2. Perkahwinannya dilaporkan mendapat tentangan daripada ibu mentuanya, Jamaliah Hasan yang dikatakan menaruh hati pada beliau. Kononnya Shidee dikatakan berkenalan dengan Jamaliah, namun mengahwini anak wanita itu kemudiannya.

3. Apapun Shidee menafikan dakwaan pernah berhubungan cinta dengan Jamaliah, apatah lagi dia dan ibu mentuanya kini juga sudah lama berbaik.

4. Pernah berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Brunei Darussalam dari tahun 1995 hingga 2002 kerana undangan nyanyian dan urusan perniagaan, hingga terpaksa menukar nombor telefon lalu sukar dihubungi penganjur dan dianggap sudah berhenti menyanyi.

Baca: Biodata Nikki Palikat, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Aliff Aziz, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Aweera, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Azan Scan, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Suki Low, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Adibah Noor, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Upiak Isil, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Bandi Amuk, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Ani Maiyuni, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Datuk Fazley Yaakob, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Saiful Apek, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Yassin (Senario), Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Kumpulan Nico, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Gambar

shidee dulu

shidee gegar vaganza

shidee umur

shidee kahwin

lagu shidee

isteri shidee

shidee semuanya sudah terlambat

gegar vaganza 232

gegar vaganza 2021 881

gegar vaganza minggu 882

peserta gegar vaganza 2021 575

Kredit foto: Instagram Shidee & Facebook Shidee

Video

Kredit video: Sayang Semuanya Sudah Terlambat - Shidee [Official MV]

Sumber:

1. 'Bukan sebab sombong atau merajuk'

2. 'Saya tak pernah merajuk'

3. Shidee makin dapat sokongan

4. Shidee Nafi Pernah Bercinta Dengan Ibu Mentua, Tak Kisah Kontroversi Lama Diungkit - “Tak Tahulah Kalau Waktu Tu Dia Ada Hati & Perasaan ..."

5. Shidee: Saya Tak Pernah Cintakan Ibu Mertua Saya

6. Kisah lama Shidee dengan ibu mentua diungkit, mujur akhirnya perkahwinan dapat restu

7. [VIDEO] Shidee mengaku ambil masa berbulan pulih hubungan dengan ibu mentua... Lega akhirnya perkahwinan dapat restu

8. Kelahiran Bakal Bayi Jadi Sejarah Hidup Shidee

9. Profil Shidee

10. Sayang Semuanya Sudah Terlambat’ – bukan lagu yang saya minati




Hakcipta iluminasi.com (2017)