Oleh pada 27 Dec 2021 kategori
gegar vaganza 2021 31

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  
10 peserta Gegar Vaganza musim ke 8 (GV8) yang kekal berentap, bakal terus merancakkan persaingan pentas program realiti nyanyian itu minggu hadapan.
  
Untuk Ahad ini yang memasuki minggu ketujuh, para peserta ditugaskan untuk menyanyikan lagu-lagu dalam tema 'Kelentang Kelentong' yang mana kesemua lagu-lagu yang dipilih adalah yang berentak rancak.
  
Bintang yang masih berada dalam penyertaan GV8 ialah penyanyi Nikki Palikat, Aliff Aziz (Singapura), Azan Scan, Saiful Apek & Yassin Senario, Aweera, Suki, Shidee, Adibah Noor, Bandi Amuk dan Ani Mayuni.
  
Inilah senarai lagu yang menanti mereka dalam cabaran konsert akan datang.
  
gegar vaganza 172

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu Ketujuh

1. Aweera - Noktah Cinta (Hafiz Suip)
2. Suki Low - Mara Bahaya (Pop Shuvit)
3. Azan Scan - Pelita (A.P.I)
4. Nikki Palikat - Rindu (Hetty Koes Endang)
5. Aliff Aziz - Pesan Cinta (Afgan)
6. Adibah Noor - Berdiri Bulu Romaku (Hetty Koes Endang)
7. Saiful Apek dan Yassin (Saya) - Peronda Jaket Biru (Wings)
8. Shidee - Selamat Tinggal Pujaan (S. Jibeng)
9. Bandi Amuk - I Want To Break Free (Queen)
10. Ani Maiyuni - Jikalau Abang Merindu (Nona Asiah)
  
Lagu Pembukaan - Nabil Ahmad & Jihan Muse - Kelentang Kelentong (Hael Husaini)
  
  
Juri profesional tetap dibarisi oleh gandingan Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Syafinaz Selamat yang juga dibantu oleh seorang juri jemputan mingguan.
  
Konsert GV8 pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam ditayangkan secara langsung dan eksklusif di saluran Astro Ria (CH 104) mulai 21 November 2021.
  
Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), rancangan kendalian pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu turut disertakan di aplikasi Astro Go dan platform On Demand sebagai kandungan online untuk pilihan yang lebih fleksibel.
  
Butiran berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 8 (2021)
  
  


Hakcipta iluminasi.com (2017)