Oleh pada 27 Dec 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Konsert keenam Gegar Vaganza 8 (GV8) menyaksikan penyanyi Upiak Isil gagal mempertahankan penyertaannya sebagai peserta menerusi minggu yang bertemakan 'Langkah Seiringan'.

Upiak menyampaikan lagu Sembunyi secara duet bersama dengan penyanyi Usop yang dipopularkan oleh Misha Omar dan Andy Flop Poppy, hanya mampu berpuas hati dengan markah 56.30% daripada pihak juri.

Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi, 11 peserta yang masih kekal, dikehendaki untuk menyanyikan lagu-lagu secara kolaborasi bersama dengan bintang-bintang 'BBNU' (Budak Baru Nak Up) yang diundang.

Sementara itu, penyanyi Suki Low pula dipilih sebagai juara mingguan dengan markah sebanyak 87.00% selepas mempersembahkan Tiga Malam Tanpa Bintang bersama Khai Bahar, dendangan asal oleh Fiq.

Ia sekaligus melayakkan beliau untuk menerima Anugerah Bintang Paling Power Meow.

Antara lain, peserta GV8 yang ditampilkan ialah Nikki Palikat, Aliff Aziz (Singapura), Aweera, Ani Mayuni, Adibah Noor, Shidee, Saiful Apek & Yassin Senario, Azan Scan dan Bandi Amuk.

Keputusan markah terletak di tangan juri profesional tetap yang bertanggungjawab mengadili pertandingan itu iaitu terdiri daripada pengarah muzik Datuk Ramli MS, penyanyi lagenda Hetty Koes Endang dan guru vokal Datuk Syafinaz Selamat, selain Jennifer Thompson yang memenuhi kerusi juri undangan.

Penilaian markah oleh barisan juri adalah seperti di bawah:-

gegar vaganza 324

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 8 (2021) Minggu Keenam

1. Suki Low & Khai Bahar (Tiga Malam Tanpa Bintang) - 83.70%

2. Aliff Aziz & Iman Troye (Belenggu Rindu) - 76.20%

3. Adibah Noor & Ali Sariah Masdo (Tanya Sama Itu Hud Hud) - 71.90%

4. Aweera & Azmi Saat (Setahun Sudah Berlalu) - 68.90%

5. Shidee & Haqiem Rusli (Di Sudut Kamar Hatiku) - 64.00%

6. Nikki Palikat & Syamel (Gurindam Jiwa) - 62.50%

7. Ani Maiyuni & Dinie Rashid (Chikadun) - 61.80%

8. Azan Scan & Tajul (Malam Semakin Dingin) - 61.20%

9. Saiful Apek dan Yassin Senario / Saya & Ernie Zakri (Hampir Ke Situ) - 60.90%

10. Bandi Amuk & Ewal Kristal (Separuh Nafas) - 56.40%

11. Upiak Isil & Usop (Sembunyi) - 56.30%

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu 7

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu 7

Baca: Biodata Penyanyi Upiak Isil, Peserta Gegar Vaganza 2021

Baca: Biodata Penyanyi Shidee, Peserta Gegar Vaganza 2021

    

Kali ini kemenangan Anugerah Betul-Betul Luar Biasa Digi berpihak kepada Suki atas undian tertinggi diperolehnya di laman web rasmi GV8.

Bintang Cuckoo Healty Home pula dirangkul Sa.Ya kerana menerima undian paling banyak di laman Facebook Astro Gempak.

Konsert GV8 yang merupakan sebuah pertandingan nyanyian mingguan diadakan secara langsung untuk siaran saluran Astro Ria (CH 104) pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam.

Kelolaan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara itu juga boleh ditonton di platform online melalui aplikasi Astro GO dan On Demand.

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 8 (2021)

Terdahulu, kumpulan Nico G dan Datuk Fazley Yaakob meninggalkan pentas GV8 selepas diumumkan sebagai peserta tersingkir di minggu ketiga dan keempat.

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2021 Live + Minggu 6




Hakcipta iluminasi.com (2017)