Oleh pada 29 May 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Siri realiti nyanyian Big Stage musim 5 edisi 2023 terus menyajikan kehangatan dengan bintang-bintang 'BBNU' (Budak Baru Nak Up) memasuki minggu kelima bersama lagu tugasan baharu yang dipersembahkan dengan tema 'High School Crush'.

Pertandingan berkonsepkan konsert mingguan di Auditorium MBSA, Shah Alam itu menampilkan 10 peserta yang kekal dalam persaingan, iaitu Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Aufahanie, Firdaus Rahmat, Puteri Khareeza, HoonDoo (Korea Selatan), Waode (Indonesia), Farhan Shah (Singapura), Dem Lepak Boyz (duo) dan kumpulan COEX.

Iluminasi berkongsi senarai lagu cover daripada para peserta untuk hujung minggu ini.

     

big stage 118

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

     

Senarai Lagu Peserta Konsert Big Stage 2023 (Musim 5) Minggu Kelima

1. Waode - Janji Manismu (Aishah)

2. Putera Muhammad - Bintang Di Syurga (Peterpan)

3. Nadeera Zaini - Engkau Bagaikan Permata (Datuk Seri Siti Nurhaliza)

4. HoonDoo - This Love (Davichi)

5. Aufahanie - Ikut Rentakku (Jaclyn Victor)

6. Firdaus Rahmat - Cuba (Faizal Tahir)

7. Puteri Khareeza - Never Say Never (Justin Bieber ft. Jaden Smith)

8. Farhan Shah - Tenda Biru (Desy Ratnasari)

9. Coex - G.I.G (Elite)

10. Dem Lepak Boyz - Benci Bilang Cinta (Radja)

       

Baca: Senarai Lagu Tugasan Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 6 (Musim 5)

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 4 (Musim 5)

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2023 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Biodata Rina Nose, Pengacara Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 1 (Musim 5)

    

Pengadilan menyaksikan kehadiran penyanyi Aina Abdul dan komposer Ajai sebagai juri tetap dalam tugasan penjurian.

Turut serta dalam pertandingan ini adalah seorang juri undangan mingguan dan seorang Presiden Netizen.

Presiden Netizen memainkan peranan dalam menyampaikan komen-komen daripada warganet yang dipetik daripada laman Twitter.

Lebih info mengenai format penjurian, hadiah dan butiran penuh rancangan Big Stage Musim 5, rujuk artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 5 (2023)

Pasangan hos Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom) dan Rina Nose menerajui Konsert Big Stage 2023 yang disiarkan setiap hari Ahad, pukul 9 malam secara langsung di Astro Ria (saluran 104). Penstriman dalam talian juga tersedia melalui On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO, memberikan kebebasan tontonan yang lebih fleksibel.

     

Kredit video: BIG STAGE 2023 LIVE + MINGGU 4

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)