Oleh pada 26 Jun 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Big Stage 2023 hampir mencapai penghujungnya. Pada minggu separuh akhir, calon finalis yang tinggal akan mempertaruhkan suara mereka dalam tema 'BBNU Pun Nak Pilih Jugak', mempersembahkan lagu-lagu secara duet dengan artis jemputan.

Sehingga konsert pada minggu kesembilan ini pada hari Ahad, masih terdapat lapan penyanyi yang meneruskan perjuangan mereka iaitu Nadeera Zaini, Waode (Indonesia), Putera Muhammad, HoonDoo (Korea Selatan), Puteri Khareeza, Firdaus Rahmat, Aufahanie dan Dem Lepak Boyz (duo).

Berikut adalah senarai lagu tugasan yang menjadi cabaran buat penyanyi-penyanyi muda ini, juga dikenali sebagai Budak Baru Nak Up (BBNU).

        

big stage 86094

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Senarai Lagu Peserta Konsert Separuh Akhir Big Stage 2023 (Musim 5) Minggu Kesembilan

1. Nadeera Zaini & Khai Bahar - Aku Cinta (Syamel & Ernie Zakri)

2. Waode & Liza Hanim - Sepi (Aina Abdul)

3. HoonDoo & Marsha Milan Londoh - When We Were Young (Adele)

4. Putera Muhammad & Ara Johari - Kisah Ku Inginkan (Datuk Seri Siti Nurhaliza & Judika)

5. Firdaus Rahmat & Ismail Izzani - Stay (The Kid Laroi & Justin Bieber)

6. Aufahanie & Naqiu Boboy - Berakhirlah Pencarianku (Hafiz Zuip & Ernie Zakri)

7. Puteri Khareeza & Sophia Liana - Bangun (Aman RA)

8. Dem Lepak Boyz & Ayie Elham (Floor 88) - C.H.R.I.S.Y.E (Diskoria, Laleilmanino, Eva Celia)

       

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 8 (Suku Akhir) Musim 5

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2023 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Biodata Hoondoo, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Waode, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

       

Secara mingguan, pertandingan ini diadili oleh dua juri tetap, Ajai dan Aina Abdul. Mereka juga akan ditemani oleh juri jemputan yang berbeza setiap minggu.

Seorang selebriti terkenal negara akan mengambil alih posisi 'Presiden Netizen' untuk mewakili suara-suara netizen di media sosial Twitter.

Perincian mengenai format penjurian, hadiah dan butiran penuh rancangan Big Stage Musim 5, rujuk artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 5 (2023)

Penyiaran secara langsung Big Stage 2023 mengisi malam Ahad penonton di Astro Ria (saluran 104) pada pukul 9 malam sejak 7 Mei 2023.

Program ini dipancarkan dari Auditorium MBSA, Shah Alam dan dikendalikan oleh pasangan pengacara Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom) dan Rina Nose.

Penonton juga dapat menyaksikan rancangan ini melalui aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk siaran secara online, memberikan pilihan tontonan yang lebih fleksibel.

         

Kredit video: BIG STAGE 2023 LIVE + MINGGU 8

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)