Oleh pada 05 Jun 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Minggu baharu pertandingan realiti Big Stage 2023 meneruskan persaingan antara 10 penyanyi 'BBNU' (Budak Baru Nak Up).

Konsert keenam mendekati tema 'Wow-Wa What's Next!' hasil kolaborasi bersama penaja Wawa Kosmetik, dan para peserta dihadapkan dengan cabaran untuk membawakan lagu-lagu tugasan baharu.

Pesaing-pesaing yang masih bertanding antara bintang-bintang ini termasuk Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Puteri Khareeza, Firdaus Rahmat, Aufahanie, HoonDoo (Korea Selatan), Waode (Indonesia), Farhan Shah (Singapura), Dem Lepak Boyz (duo) dan kumpulan COEX.

Berikut adalah senarai lagu yang akan mereka persembahkan pada hujung minggu ini.

     

big stage 396

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

     

Senarai Lagu Peserta Konsert Big Stage 2023 (Musim 5) Minggu Keenam

1. Putera Muhammad - Cintaku 100% (Mas Idayu)

2. HoonDoo - Ghazal Untuk Rabiah (Datuk Jamal Abdillah & Datuk M Nasir)

3. Waode - Ikan Dalam Kolam (El Corona)

4. Nadeera Zaini - Hati Kama (Datuk Seri Siti Nurhaliza & Noraniza Idris)

5. Farhan Shah - Fighter (Christina Aguilera)

6. Puteri Khareeza - Sangkar Cinta (Ziana Zain)

7. Coex - Selamat Jalan Romeo (Ramlah Ram)

8. Dem Lepak Boyz - Apa Khabar (Joe Flizzow ft SonaOne)

9. Firdaus Rahmat - Shinunoga E-Wa (Fujii Kaze)

10. Aufahanie - Bring Me To Life (Evanescence)

     

Baca: Senarai Lagu Tugasan Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 7 (Musim 5)

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 5 (Musim 5)

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2023 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Biodata Penyanyi Waode Heni Andraini, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 1 (Musim 5)

     

Musim ini, juri tetap program dipegang oleh penyanyi popular Aina Abdul dan komposer berpengalaman Ajai, dengan penyertaan seorang juri jemputan mingguan untuk memberikan bantuan.

Turut menyemarakkan suasana, seorang 'Presiden Netizen' yang dilantik dari kalangan selebriti terkenal tempatan akan membacakan komen-komen menarik daripada warganet yang diambil dari platform Twitter.

Lebih maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan butiran penuh rancangan Big Stage Musim 5, rujuk artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 5 (2023)

Program siaran langsung yang disiarkan di Astro Ria (saluran 104) itu melengkapkan jadual tayangan setiap hari Ahad, pukul 9 malam sejak 7 Mei 2023. Selain itu, rancangan juga boleh ditonton secara fleksibel melalui aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk tontonan dalam talian.

Berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, program ini diterajui pasangan pengacara Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom) dan Rina Nose.

     

Kredit video: BIG STAGE 2023 LIVE + MINGGU 5

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)