Oleh pada 09 May 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Konsert pertama Big Stage 2023 telah diadakan sebagai persembahan pembuka bagi 13 peserta yang bertanding.

Musim kelima program realiti nyanyian popular ini menampilkan persaingan antara penyanyi-penyanyi dalam kelompok 'BBNU' (Budak Baru Nak Up), iaitu Naufal Azrin, Firdaus Rahmat, Meer Nash, Puteri Khareeza, Isaac Voo, Aufahanie, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, HoonDoo (duo Korea Selatan), Waode (Indonesia), Farhan Shah (Singapura), Dem Lepak Boyz (duo) dan kumpulan COEX.

Dalam konsert yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, para peserta telah mengambil tanggungjawab untuk mempersembahkan senarai lagu tugasan mereka, iaitu seperti berikut:-

    

big stage 132

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

     

Senarai Lagu Peserta Konsert Big Stage 2023 (Musim 5) Minggu Pertama

Tema - Manifesto

1. Naufal Azrin - Casablanca (Nuha Bahrin & Naufal Azril)

2. Puteri Khareeza - Duka Sebalik Tawa (Puteri Khareeza)

3. Firdaus Rahmat - Test Drive (Firdaus Rahmat)

4. Coex - Pink Venom (Blackpink)

5. Putera Muhammad - Luka (Madam)

6. Nadeera Zaini - Karena Ku Sanggup (Agnes Monica)

7. Farhan Shah - Sesuatu Janji (Taufik Batisah)

8. Isaac Voo - Time Bomb (Isaac Voo)

9. Meer Nash - Kajima (Meer Nash)

10. Aufahanie - Geming Jiwa (Aufahanie)

11. HoonDoo - I Will Go to You Like the First Snow (Ailee)

12. Dem Lepak Boyz - Lantaklah (Xone)

13. Waode - Sial (Mahalini)

      

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2023 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Biodata Rina Nose, Pengacara Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 2 (Musim 5)

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 1 (Musim 5)

    

Penilaian dalam program ini dijalankan oleh tiga orang juri profesional, di mana dua daripadanya adalah juri tetap Aina Abdul dan Ajai. Selain itu, turut hadir seorang juri jemputan mingguan serta Nora Danish sebagai 'Presiden Netizen' yang membawa pandangan dan komen penonton daripada media sosial.

Untuk maklumat yang lengkap mengenai format penjurian, hadiah dan butiran penuh rancangan Big Stage Musim 5, rujuk artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 5 (2023)

Siaran langsung Konsert Mingguan Big Stage 2023 disampaikan oleh pasangan pengacara Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom) dan Rina Nose setiap hari Ahad pukul 9 malam di saluran 104, Astro Ria bermula 7 Mei 2023.

Penonton yang ingin menikmati secara dalam talian boleh melakukannya melalui On Demand di platform Astro Box atau aplikasi Astro Go.

    

Kredit video: BIG STAGE 2023 LIVE + MINGGU 1

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)