Oleh pada 19 Jun 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

      

Di pentas Big Stage 2023 minggu kelapan, lapan penyanyi daripada kalangan 'BBNU' (Budak Baru Nak Up) akan melanjutkan perjuangan mereka dengan menyampaikan lagu-lagu tugasan yang terbaru.

Tugasan bertemakan "Juri Pulak Memilih" ini akan melibatkan barisan peserta menyanyikan lagu-lagu yang dipilih oleh pihak juri tetap.

Seramai lapan peserta yang masih menyertai rancangan itu iaitu Nadeera Zaini, Waode (Indonesia), Putera Muhammad, HoonDoo (Korea Selatan), Puteri Khareeza, Firdaus Rahmat, Aufahanie dan Dem Lepak Boyz (duo).

Berikut adalah senarai lagu yang akan menghangatkan persaingan mereka pada suku akhir ini.

       

big stage 56799

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Senarai Lagu Peserta Konsert Suku Akhir Big Stage 2023 (Musim 5) Minggu Kelapan

1. Nadeera Zaini - Problem (Ariana Grande ft, Iggy Azalea)

2. Putera Muhammad - Asmaradana (Datin Seri Tiara Jacquelina)

3. Waode - Karma (Cokelat)

4. Firdaus Rahmat - Pagi Yang Gelap (Kumpulan Hujan)

5. HoonDoo - I Will Show You (Ailee)

6. Aufahanie - Masih Aku Cinta (Shila Amzah)

7. Puteri Khareeza - Dokter Cinta (Dewi Dewi)

8. Dem Lepak Boyz - Drama (Drama Band)

      

Baca: Senarai Lagu Tugasan Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 9 (Separuh Akhir) Musim 5

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 7 (Musim 5)

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2023 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Biodata Hoondoo, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Waode, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

         

Aina Abdul dan Ajai, penyanyi terkenal dan komposer yang sudah tidak asing lagi, berperanan sebagai juri tetap sepanjang pertandingan.

Selain mereka, juri undangan mingguan turut menyertai dalam penilaian peserta.

Manakala posisi 'Presiden Netizen' yang menyuarakan pendapat netizen di platform media sosial Twitter, akan dibawakan oleh seorang selebriti terkenal di Malaysia.

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan butiran penuh rancangan Big Stage Musim 5, rujuk artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 5 (2023)

Siaran langsung Big Stage 2023 menghiasi malam Ahad penonton di Astro Ria (saluran 104) dari pukul 9 malam sejak 7 Mei 2023. Program ini dikendalikan di Auditorium MBSA, Shah Alam, dengan pengacara Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom) dan Rina Nose.

Selain ditayangkan di televisyen, rancangan ini juga tersedia di aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk ditonton secara dalam talian (online), memberikan pilihan yang lebih fleksibel kepada penonton.

        

Kredit video: BIG STAGE 2023 LIVE + MINGGU 7

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)