Oleh pada 06 Sep 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Program saingan untuk kelahiran semula barisan penyanyi legenda, Gegar Vaganza kembali untuk musim ke 9 (GV9).

Edisi kali ini menarik perhatian nama-nama besar untuk membuat kemunculan, seramai 13 penyanyi tersohor tanah air bakal tampil dalam program realiti TV popular itu.

Pengumuman penerbitan GV9 oleh Astro yang dibuat sebentar tadi turut menyaksikan tiga pengkritik profesional tetap diumumkan terdiri daripada maestro terkenal, Datuk Ramli MS; biduanita dari Indonesia Hetty Koes Endang dan guru vokal serta penyanyi Datuk Syafinaz Selamat.

Konsert mingguan GV9 akan menemui penonton dalam siaran bermula pada 18 September 2022, setiap hari Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104) yang disampaikan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam dengan penampilan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.

Sebagai alternatif, pelanggan Astro juga boleh tonton secara online melalui aplikasi Astro GO atau platform On Demand yang disediakan secara percuma.

Berikut ialah barisan bintang untuk musim baharu GV yang menampilkan peserta yang mempunyai bakat luar biasa sambil meneruskan kegemilangan musim-musim sebelumnya.

Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim 9 (GV9) 2022

* Pautan biodata peserta akan dikemaskini

Shila Amzah

gegar vaganza 2022

Baca: Biodata Shila Amzah

Jaclyn Victor

peserta gegar vaganza 369

Baca: Biodata Jaclyn Victor

Tomok (New Boyz)

gegar vaganza 9

Baca: Biodata Tomok (New Boyz)

Bob Yusof

peserta gegar vaganza 2022

Baca: Biodata Bob Yusof

Hazrul Nizam (Singapura)

hazrul nizam

Baca: Biodata Hazrul Nizam

Fuad Rahman (Singapura)

fuad rahman

Baca: Biodata Fuad Rahman

Asheed (Vokalis Def Gab C)

gv9

Baca: Biodata Asheed Def Gab C

Roy Kapilla

peserta gegar vaganza 9

Baca: Biodata Roy Kapilla

Kumpulan VE

konsert gegar vaganza 2022

Baca: Biodata Kumpulan VE

Dina Nadzir

gegar vaganza 2021 781

Baca: Biodata Dina Nadzir

Pat Candy

pat candy

Baca: Biodata Pat Candy

Tom

tom gegar vaganza

Baca: Biodata Tom

Haida Hasnan

haida gegar vaganza

Baca: Biodata Haida Hasnan (Haida Hajat)

     

Untuk maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 9 (2022)

   

Baca: Senarai Calon Top 5 Anugerah Industri Muzik 23 (AIM 23) 2022

Baca: Ini Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim 8 (GV8) 2021

    

Mengimbas kembali, beberapa penyanyi profesional lama atau berpengalaman dalam industri muzik di Malaysia yang pernah berentap dalam pertandingan nyanyian ini antaranya Zamani Slam, Siti Sarah Raisuddin, Mamat Exist, Liza Hanim, Aweera, Mus May, Noraniza Idris, Adibah Noor, Maya Matahari, Ameng Spring, Elly Mazlein, Nikki Palikat, Ifa Raziah dan ramai lagi.

Senarai Juara Pemenang Gegar Vaganza (GV)

GV1 / Musim 1 (2014) - Ayai Illusi

GV2 / Musim 2 (2015) - Siti Nordiana

GV3 / Musim 3 (2016) - Azharina Azhar

GV4 / Musim 4 (2017) - Aishah

GV5 / Musim 5 (2018) - Noryn Aziz

GV6 / Musim 6 (2019) - Naqiu (Boboy) & Hady Mirza

GV7 / Musim 7 (2020) - Cliff Umar

GV8 / Musim 8 (2021) - Aliff Aziz

   

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Kredit video: Sidang Media Gegar Vaganza 9 • Peserta, Juri & Hos, Tarikh Siaran Musim Baru Bermula 18 September 2022, Waktu Siaran 9 Malam




Hakcipta iluminasi.com (2017)