Kredit foto: Instagram Haida Hasnan

    

Siapa Haida Hasnan? Beliau merupakan penyanyi wanita Malaysia era 90-an yang pernah meledak dengan lagu hits, Hajat dan Manis Masa Bercinta.

 

Haida bakal kembali ke dunia seni hiburan menerusi kemunculan semula dalam pertandingan nyanyian realiti, Gegar Vaganza musim ke 9 (GV9) bermula pada 18 September 2022.

Bertanding dengannya ialah lima bintang solo wanita iaitu Shila Amzah, Jaclyn Victor, Tom, Dina Nadzir dan Pat Candy.

Tidak ketinggalan barisan peserta lelaki terdiri daripada Tomok (New Boyz), Asheed (Def Gab C), Fuad Rahman (wakil Singapura), Bob Yusof, Roy Kapilla, Hazrul Nizam (wakil Singapura) dan kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb, Hakim).

Butiran format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 9 (2022)

Biodata

Nama penuh: Siti Haida binti Hasnan

Nama pentas: Haida, Haida Hasnan, Haida Hajat

Umur: 44 tahun (2022)

Tarikh lahir: 15 November 1978

Keluarga: Mempunyai tiga orang anak

Kerjaya: Penyanyi, Usahawan

Instagram (IG): @haidahasnan

Latar Belakang Dan Fakta Menarik

1. Terlibat dalam dunia muzik arus perdana sejak umur 16 tahun.

2. Selepas mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia bekerja sebagai penyanyi kelab malam di Johor, Kuantan dan Melaka.

3. Memulakan langkah dalam bidang nyanyian sejak 1994 dan menempa populariti selama tiga tahun sebelum negara dilanda kegawatan ekonomi.

4. Meledak menerusi lagu popular berjudul Hajat ciptaan Saari Amri, selain Manis Masa Bercinta, Biarkanlah dan Besar Kemungkinan.

5. Pernah menghasilkan dua album studio di bawah label gergasi, BMG Music, berjudul Hajat dan Besar Kemungkinan dari 1994 hingga 1996.

6. Salah seorang one-hit wonder paling terkenal di era 1990an.

7. Pernah berentap di kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 10 pada 1995 dengan lagu Manis Masa Bercinta dalam kategori Irama Malaysia.

8. Semasa zaman kegemilangannya, Haida bersahabat rapat dengan kumpulan 4U2C dan Sister Sister.

9. Album keduanya hanya dipromosikan tidak sampai dua bulan walaupun mempunyai banyak lagu hebat seperti Biarkanlah yang dinyanyikan semula oleh Kris Dayanti dan Ajai menerusi tajuk yang ditukar kepada 'Hati Ini Telah Dilukai'.

10. Pada 2008, dia beralih semula ke kerjaya sebagai penyanyi kelab.

11. Mengenakan imej bertudung sejak 2014.

12. Kini menjalankan perniagaan bengkel kereta dan motosikal yang beroperasi di Melaka, berbekalkan wang simpanan dan hasil bimbingan seorang mekanik.

13. Haida sebelum itu pernah mencuba nasib dalam pelbagai jenis perniagaan lain termasuk katering dan pengurusan acara sejak 2017.

14. Juga pernah terlibat dalam perniagaan sektor pembinaan yang diceburi suaminya sebelum ini.

15. Dilaporkan berkahwin dengan Azhar Omar, seorang ahli perniagaan pada 2000. Bersama Azhar, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Muhammad Aizuddin, 20; Muhammad Danish Aiman, 18; dan Muhammad Muharam, sembilan tahun.

16. Bergelar ibu tunggal sejak 2014.

17. Pernah masuk sesi uji bakat Gegar Vaganza tetapi nasib tidak menyebelahinya ketika itu.

18. Masih lagi aktif memenuhi undangan nyanyian.

19. Kagum dengan pencapaian Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mula membina nama ketika dia masih aktif menyanyi.

Baca: Biodata Shila Amzah, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Tom (My Starz LG), Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Jaclyn Victor, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Fuad Rahman (Singapura), Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Roy Kapilla, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Pat Candy, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Tomok (New Boyz), Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Asheed (Def Gab C), Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Bob Yusof (AF2), Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Hazrul Nizam, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Dina Nadzir, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Kumpulan VE, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Gambar

haida

haida hasnan dulu

haida hajat

haida hasnan

haida gegar vaganza 429

lagu haida

gegar vaganza 17

peserta gegar vaganza 511

peserta gegar vaganza 2022 856

gegar vaganza 2022 347

Kredit foto: Instagram Haida Hasnan , Instagram Astro Gempak

Video

Kredit video: Haida - Hajat (Official Video Lirik)

Sumber:

1. Haida Hasnan buka bengkel kereta selepas berhenti menyanyi

2. Hajat terakhir Haida

3. Haida janji saingan sengit

4. ‘Dulu pegang mikrofon, sekarang pegang sepana’




Hakcipta iluminasi.com (2017)