Oleh pada 26 Sep 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Minggu ketiga konsert Gegar Vaganza musim ke 9 (GV9) menyaksikan 12 peserta diberikan tugasan lagu baharu.

Minggu itu dijangka meriah kerana lagu-lagu yang dibawakan oleh bintang GV9 haruslah bertemakan 'Lagu Pilihan Netizen'. Penyanyi-penyanyi ini akan menyanyikan lagu-lagu hasil dari permintaan peminat.

Hadir memberikan saingan hangat minggu ini ialah Tomok (New Boyz), Shila Amzah, Jaclyn Victor, Bob Yusof (AF2), Hazrul Nizam (Singapura), Pat Candy, Asheed Def Gab C, Tom, Fuad Rahman (Singapura), Dina Nadzir, Haida Hasnan dan kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim).

Mungkin ada yang terlepas pandang senarai lagu tugasan mereka yang diumumkan di segmen Ada Lagu Ada Lagi, mari kita imbas kembali!

gegar vaganza 290

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu Ketiga

1. Tomok - Hukum Karma (Wings)

2. Bob - Zalikha (Floor 88)

3. Shila Amzah - Secangkir Madu Merah (Amelina & Sheeda)

4. Jaclyn Victor - Perawan Atau Janda (Cita Citata)

5. VE - Dari Sinar Mata (Bumiputera Rockers)

6. Haida - Nang (Iman Troye)

7. Pat Candy - Cinta Gila (Juliana Banos)

8. Fuad Rahman - Gadis Melayu (Othman Hamzah)

9. Tom - Goyang Inul (Inul Daratista)

10. Hazrul Nizam - Fatwa Pujangga (S. Effendi)

11. Dina - Laksmana Raja Dilaut (Iyeth Bustami)

12. Asheed Def Gab C - Yang Penting Hepi (Jamal Mirdad)

Lagu Pembukaan - Nabil Ahmad & Elly Mazlein - Donde (Andi Bernadee)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 4

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 2

GV9 menyaksikan penyanyi legenda Indonesia Hetty Koes Endang dan guru vokal Datuk Syafinaz Selamat diberi tanggungjawab juri tetap, diketuai oleh maestro muzik Datuk Ramli MS.

Sementara itu, juri jemputan mingguan akan didedahkan pada siaran konsert itu nanti.

Konsert GV9 di Astro Ria (saluran 104) mula bersiaran pada 18 September 2022, setiap hari Ahad pukul 9 malam dalam siaran langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.

Rancangan yang menampilkan pengacara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein itu boleh ditonton secara online di platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 9 (2022)

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2022 Live + Minggu 2




Hakcipta iluminasi.com (2017)