Oleh pada 14 Nov 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Kini, tinggal lapan peserta yang akan bersaing dalam konsert minggu kesepuluh Gegar Vaganza musim ke 9 (GV9) iaitu penyanyi Jaclyn Victor, Hazrul Nizam (Singapura), Bob Yusof (AF2), Shila Amzah, Tomok (New Boyz), Fuad Rahman (Singapura), Dina Nadzir dan Kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim).

Program realiti edisi 2022 itu diteruskan ke separuh akhir Ahad ini dengan cabaran lagu bertemakan "Separuh Aku Ada Kamu".

Sementara kita menantikan siaran konsert hujung minggu ini, kami kongsikan lagu-lagu tugasan peserta - seperti yang diumumkan dalam segmen Ada Lagu Ada Lagi!

gegar vaganza 903

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Senarai Lagu Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu Kesepuluh

1. Shila Amzah - Sang Dewi (Titi DJ)

2. Jaclyn Victor - Tapi Bukan Aku (Kerispatih)

3. Hazrul Nizam - Hal Hebat (Govinda)

4. Tomok - Suatu Masa (Dato M Nasir)

5. Bob Yusof - Ajari Aku (Adrian Martadinata)

6. Fuad Rahman - Di Alam Fana Cinta (Fotograf)

7. VE - Azura (Datuk Jamal Abdillah)

8. Dina Nadzir - Bukan Dia Tapi Aku (Judika)

Tugasan Kedua (Duet)

1. Shila Amzah & Jaclyn Victor - Sampai Bila (Misha Omar)

2. Bob Yusof & Tomok - Seniman Menangis (Ismail Haron)

3. Dina Nadzir & Fuad Rahman - Boneka (Ernie Zakri)

4. Hazrul Nizam & VE - Kau Pun Sama (Syamel)

Lagu Pembukaan - Elly Mazlein - Sakura (Rossa) & Nabil Ahmad - Radio (Imran Ajmain, Nabil Ahmad, Diana Danielle)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 11

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 9 Suku Akhir

Tiga juri profesional tetap membuat penilaian persembahan dan keputusan iaitu pengarah muzik tersohor Datuk Ramli MS, penyanyi bertaraf legenda Indonesia Hetty Koes Endang dan guru vokal Datuk Syafinaz Selamat.

Untuk maklumat mengenai format pemarkahan, hadiah dan info penuh rancangan, anda boleh baca artikel berikut: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 9 (2022)

GV9 yang ditayangkan di Astro Ria (saluran 104) setiap hari Ahad, pukul 9 malam menampilkan pengacara Elly Mazlein dan Nabil Ahmad, bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 18 September 2022, selain terdapat pada platform On Demand melalui Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2022 Live + Minggu 9 Suku Akhir

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)