Oleh pada 03 Oct 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

11 peserta Gegar Vaganza musim ke 9 (GV9) meneruskan perjuangan untuk bersaing pada konsert minggu ketiga Ahad ini.

Dengan bertemakan 'Aman Di Mata, Damai Di Hati', lagu-lagu berkonsepkan kerohanian akan menjadi pertaruhan bintang yang masih berentap.

Menyahut cabaran saingan ialah penyanyi Shila Amzah, Tomok (New Boyz), Jaclyn Victor, Bob Yusof (AF2), Hazrul Nizam (Singapura), Tom, Fuad Rahman (Singapura), Asheed Def Gab C, Pat Candy, Dina Nadzir dan VE (Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim).

Mungkin ada yang terlepas senarai lagu tugasan yang didedahkan dalam segmen Ada Lagu Ada Lagi, jom semak semula!

gegar vaganza 933

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu Keempat

1. Shila Amzah - Pudar (Indah Ruhaila)

2. Tomok - Kau Yang Satu (Dato Ramli Sarip)

3. Jaclyn Victor - You Raise Me Up (Secret Garden)

4. Hazrul Nizam - Ku Mohon (Dato Sheila Majid)

5. Tom - Hanya Satu (Datuk Nora Ariffin)

6. Dina Nadzir - Mewangi (Akim & The Majistret)

7. VE - Kaulah Segalanya (Ruth Sahanaya)

8. Asheed Def Gab C - Andai Ku Tahu (Ungu)

9. Fuad Rahman - Layang Layang Terputus Talinya (Alleycats)

10. Bob Yusof - Sumayyah (Hijjaz)

11. Pat Candy - Kembara Di Tanah Gersang (Al Jawaher)

Lagu Pembukaan - Nabil Ahmad & Elly Mazlein - Syukur (Raihan)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 5

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 3

Program GV9 menampilkan juri profesional tetap terdiri daripada maestro muzik Datuk Ramli MS selaku ketua juri, penyanyi Indonesia Hetty Koes Endang dan guru vokal Datuk Syafinaz Selamat.

Pertandingan realiti nyanyian itu membuka arena menerusi siaran langsung bermula 18 September 2022, setiap hari Ahad pukul 9 malam dari Auditorium MBSA, Shah Alam.

Rancangan Astro Ria (saluran 104) yang menggunakan khidmat pengacara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein ini juga boleh didapati secara online di platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 9 (2022)

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2022 Live + Minggu 3




Hakcipta iluminasi.com (2017)