Oleh pada 07 Apr 2022 kategori

Gegar Vaganza (GV) musim kesembilan dijangka bakal menemui penonton saluran Astro Ria bermula 31 Julai 2022.

Menjelang program realiti nyanyian paling diminati ramai ini, netizen kembali menghangatkan media sosial dengan teka-teki membabitkan senarai peserta yang diramal akan menghangatkan persaingan musim hadapan.

gegar vaganza 288

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Selain daripada beberapa nama penyanyi yang telah disebutkan sebagaimana dalam artikel 'ramalan peserta GV 2022 bahagian 1' yang lalu, lagi yang diharapkan ramai untuk hadir beraksi di pentas pertandingan ini, termasuklah barisan penyanyi lelaki popular yang terdiri daripada Radhi OAG, Andy Flop Poppy, Ali XPDC, Aman Shah, Lah Ahmad, Baggio Damasutra, Aris Ariwatan dan Toki.

Dalam kalangan penyanyi wanita yang diutarakan pula, antaranya seperti Illa Sabry, Azie, Leina Hangat, Raja Ema, Anessa, Asha Malik, Jeslina Hashim, Eisya, Deja Moss dan Atilia.

gegar vaganza 2021 955

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Warganet turut mencadangkan penglibatan bintang era 2000-an yang tidak asing lagi tidak lama dahulu seperti Jaclyn Victor, Farhan AF, Taufik Batisah, Asmidar, Tomok, Reshmonu dan Dina Nadzir (Malaysian Idol).

Juga tidak dikecualikan, barisan penghibur lagenda negara seperti Ziana Zain, Francisca Peter, Dayangku Intan, Amy Mastura dan Jay Jay.

Pembabitan penyanyi berkumpulan pula menyaksikan nama grup Kopratasa dan 4U2C sebagai antara yang dipetik ramai.

Sukar untuk membuat tekaan tentang identiti peserta yang bakal terpilih kelak, namun siapa tahu ada di antara nama-nama yang disebut netizen ini akan menjadi bintang GV yang berikutnya? Sama-sama kita tunggu!

Baca: Kini Kembali! Ini Senarai Peserta Gegar Vaganza 2022 (Musim 9) GV9

Baca: Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2022 Musim 9 (GV9) Bahagian 1

Baca: Ramalan Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Senarai Pemenang Juara Gegar Vaganza

GV1 / Musim 1 (2014) - Ayai Illusi

GV2 / Musim 2 (2015) - Siti Nordiana

GV3 / Musim 3 (2016) - Azharina Azhar

GV4 / Musim 4 (2017) - Aishah

GV5 / Musim 5 (2018) - Noryn Aziz

GV6 / Musim 6 (2019) - Naqiu (Boboy) & Hady Mirza

GV7 / Musim 7 (2020) - Cliff Umar

GV8 / Musim 8 (2021) - Aliff Aziz

*Lagi bekas peserta GV antaranya seperti Zamani Slam, Siti Sarah, Mamat Exist, Liza Hanim, Aweera, Mus May, Noraniza Idris, Maya Matahari, Ameng Spring, Elly Mazlein dan ramai lagi.

Kredit video: [LIVE] GEGAR VAGANZA 2021 LIVE + MINGGU AKHIR




Hakcipta iluminasi.com (2017)