Oleh pada 24 Oct 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza musim ke 9 (GV9) yang akan berlangsung Ahad ini menampilkan 10 bintang membuat persembahan bertemakan 'Merentas Masa Kencang Selamanya'.

Menerusi segmen Ada Lagu Ada Lagi, senarai lagu tugasan telah diumumkan untuk peserta yang masih berjuang.

Mereka ialah Jaclyn Victor, Tomok (New Boyz), Bob Yusof (AF2), Fuad Rahman (Singapura), Shila Amzah, Hazrul Nizam (Singapura), Tom, Dina Nadzir, Asheed Def Gab C dan kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim).

Cabaran tema memerlukan bintang GV9 untuk mempersembahkan lagu-lagu dari era 50-an, 60-an, 70-an, 80-an dan 2000-an.

Berikut adalah senarai lagu untuk pertandingan minggu ketujuh.

gegar vaganza 570

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu Ketujuh

1. Tomok - Kenangan Lalu (Flybaits)

2. Jaclyn Victor - Dimana Kan Ku Cari Ganti (Tan Sri P Ramlee)

3. Shila Amzah - Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu (Ramlah Ram)

4. Bob Yusof - Kasih (Dato' Sudirman Haji Arshad)

5. Hazrul Nizam - Azizah (Tan Sri P Ramlee)

6. Fuad Rahman - Hari Ini Dan Semalam (J Mizan)

7. Tom - Akhirnya Kini Pasti (Anita Sarawak)

8. Asheed Def Gab C - Pagi Yang Gelap (Hujan)

9. VE - Belaian Jiwa (Carefree)

10. Dina Nadzir - Lady Marmalade (Labelle)

Lagu Pembukaan - Nabil Ahmad & Elly Mazlein - Senyuman Ragamu (Gerhana Ska Cinta feat Radhi OAG)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 8

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 6

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Jaclyn Victor, Peserta Gegar Vaganza 9

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Tomok, Peserta Gegar Vaganza 9

Penilaian persembahan menggunakan khidmat tiga juri profesional tetap, pengarah muzik Datuk Ramli MS, penyanyi legenda Indonesia Hetty Koes Endang dan guru vokal Datuk Syafinaz Selamat.

Konsert GV9 disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap hari Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104), dikendalikan pasangan pengacara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.

Mula ditayangkan pada 18 September 2022, GV9 boleh ditonton secara dalam talian (online) pada platform On Demand melalui Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Baca: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 9 (2022) untuk butiran mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan.

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2022 Live + Minggu 6




Hakcipta iluminasi.com (2017)