Kredit foto: Instagram Tomok

Siapa Tomok? Shah Indrawan Ismail atau nama pentasnya, Tomok merupakan antara penyanyi yang menempatkan diri di pentas program realiti, Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

Peserta lain dalam edisi 2022 ini termasuklah Jaclyn Victor, Shila Amzah, Roy Kapilla, Asheed (Def Gab C), Tom, Bob Yusof, Dina Nadzir, Pat Candy, Haida Hasnan, Hazrul Nizam (Singapura), Fuad Rahman (Singapura), dan kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb, Hakim).

Butiran tentang format penjurian, hadiah dan info penuh GV9, baca artikel berikut: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 9 (2022)

Biodata

Nama sebenar: Shah Indrawan bin Ismail

Nama popular: Tomok, Tomok New Boyz

Umur: 38 tahun (2022)

Tarikh lahir: 17 Mei 1984

Tempat lahir / Asal: Negeri Sembilan, Malaysia

Keluarga: Anak keempat daripada enam adik beradik

Kerjaya: Penyanyi, pelakon, komposer

Instagram (IG): @tomokofficial

Latar Belakang Dan Fakta Menarik

1. Membesar di Kuala Lumpur.

2. Anak keempat daripada enam orang adik-beradik. Kakaknya, Ismaliza Ismail atau Isma merupakan bekas peserta pertandingan realiti, Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7). Bekas suami Isma yang merupakan bekas abang ipar Tomok ialah penyanyi dan komposer, Zulkefli Majid, juga dikenali sebagai Zul (2 By 2) atau Aiman - individu yang bertanggungjawab menubuhkan kumpulan New Boyz ketika menjadi A&R syarikat rakaman, Suria Records.

3. Tomok mula menyanyi sejak berumur 8 tahun.

4. Dia memperjuangkan genre muzik Pop.

5. Aktif dalam dunia seni sejak tahun 1999.

6. Merupakan vokalis kumpulan New Boyz yang turut dianggotai oleh Syuk, Along, Zimi, Jay, Afiez, Lan, Zack, Ristoe dan Rizz.

7. Bersama mereka, beliau menghasilkan enam album studio berjudul New Boyz pada 1999, Akur (2000), Wirama (2001), Inspirasi (2002), Bermulanya Satu Evolusi (2004) dan Semula Padaku (2007) berserta sebuah album kompilasi iaitu The Best Of New Boyz (2003).

8. Antara lagu-lagu popular New Boyz ialah Sejarah Mungkin Berulang, Meraung, Hanya Tinggal Sejarah, Lukamu Lukaku Jua, Kejora, Marah Bukan Sifatku dan Norkia.

9. Apabila populariti New Boyz semakin dingin, Tomok hilang seketika daripada radar dunia hiburan sebelum kembali membuat 'comeback' dengan menyertai program realiti nyanyian musim ketiga, One In A Million (OIAM) pada 2009.

10. Dia memenangi pertandingan itu sebagai juara dan membawa pulang hadiah RM1 juta, dengan menewaskan penyanyi Aweera, Amylea Azizan, Rizu (ahli kumpulan Forteen), Pija Mentor dan ramai lagi. OIAM3 menampilkan dua pengkritik tetap, penyanyi Syafinaz Selamat dan pemuzik Paul Moss.

11. Namanya kembali naik dengan lagu solo hits seperti Rindu Terhenti, Aku Datang, Berlari, Arjuna, Bagaikan Bidadari, Cinta Tak Pergi (menampilkan Yana Samsudin), Rempuh (menampikan Black), Demi Cinta Ini (duet bersama Fatin Afeefa) dan Sudah Tak Cinta.

12. Secara solo, beliau telah mengeluarkan dua album studio berjudul Tomok pada 2010 dan Aku Datang (2014).

13. Tomok juga aktif dalam bidang lakonan menerusi watak dalam drama televisyen TQ Captain dan Tumpang Lalu Bang.

14. Pernah membintangi telefilem berjudul New Boyz The Telemovie, Pulau Inspirasi, Meraung, Cer Citer Cinta, Lemang Sebatang, Suamiku Jururawat, Mentolku, Diari Kampus Biru dan banyak lagi. Penglibatan di layar perak menerusi filem Makar, Mantera dan Sofazr The Movie - Jiwa Kacau.

15. Antara pencapaiannya ialah kemenangan lagu Aku Datang untuk filem Istanbul Aku Datang di Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM 26) pada 2014 menerusi kategori Lagu Tema Terbaik. Beliau juga juara program Versus musim kedua yang disiarkan di TV9 pada 2013 menerusi band yang dianggotai, Manifesto. Antara lain, Tomok pernah dicalonkan untuk Top 5 dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), Anugerah Industri Muzik (AIM) dan Anugerah Planet Muzik (APM).

16. Tomok berkahwin pada 1 Julai 2011 dengan pramugari Malaysia Airlines (MAS), Rahayu Abas atau nama penuhnya Siti Rahayu binti Abas. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki bernama Arrianshah Akid dan Andrashah Iman, juga seorang anak perempuan bernama Siti Khadijah Shah Indrawan.

17. Bapa Tomok, Ismail Salim meninggal dunia pada 29 Disember 2018 kerana menderita penyakit strok.

Baca: Biodata Shila Amzah, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Pat Candy, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Tom (My Starz LG), Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Fuad Rahman, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Haida Hasnan, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Jaclyn Victor, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Roy Kapilla, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Hazrul Nizam, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Asheed (Def Gab C), Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Dina Nadzir, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Bob Yusof (AF2), Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Kumpulan VE, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Gambar Dulu Dan Terkini

instagram tomok

tomok new boyz

tomok muda

Foto Tomok di usia muda remaja

new boyz

Album New Boyz antara yang merekodkan jualan tinggi di era 90an dan 2000an

tomok one in a million

tomok

umur tomok

peserta gegar vaganza 2022 601

gegar vaganza 2022 442

gegar vaganza 412

Kredit foto: Instagram Tomok

   

Video

Kredit video: New Boyz - Sejarah Mungkin Berulang (Official Music Video)




Hakcipta iluminasi.com (2017)