Oleh pada 10 Oct 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Untuk minggu kelima bertemakan 'Ku Seru Lagu Bertamu', 11 peserta Gegar Vaganza musim ke 9 (GV9) akan mendendangkan lagu pilihan bersama artis jemputan berkonsepkan duet.

Barisan penyanyi yang meneruskan kemaraan pada konsert Ahad ini ialah Jaclyn Victor, Bob Yusof (AF2), Shila Amzah, Tomok (New Boyz), Hazrul Nizam (Singapura), Tom, Asheed Def Gab C, Fuad Rahman (Singapura), Pat Candy, Dina Nadzir dan kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim).

Bagi peminat yang terlepas pendedahan lagu tugasan yang diumumkan dalam segmen Ada Lagu Ada Lagi, berikut adalah senarainya!

gegar vaganza 536

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu Kelima

1. Jaclyn Victor & Aina Abdul - Cinta (Marsha Milan Londoh)

2. Hazrul Nizam & Liza Hanim - Haram (Hael Husaini & Dayang Nurfaizah)

3. Bob & Zizi Kirana - Ombak Rindu (Hafiz Suip & Adira Suhaimi)

4. Tom & Muss - Senja Nan Merah (Datuk Awie & Ziana Zain)

5. Fuad Rahman & Naqiu (Boboy) - Gemuruh (Search & Wings)

6. Tomok & Suki Low - Mawarku (Pancha Sitara & P.Ramlee Quartet)

7. Shila Amzah & Mimi Fly - Tamparan Wanita (Elite)

8. VE & Nikki Palikat - Hanya Memuji (Shanty & Marcell)

9. Asheed Def Gab C & Tam Spider - Angin (Dewa 19)

10. Pat Candy & Aepul Roza - Babak Pertama (Drama Band)

11. Dina Nadzir & Kaka Azraff - Karma (Cokelat)

Lagu Pembukaan - Nabil Ahmad & Elly Mazlein - Paling Comel (Siti Nordiana & Achik Spin)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 6

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 4

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Jaclyn Victor

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Tomok (New Boyz)

GV9 diiringi dengan kemunculan tiga juri profesional tetap terdiri daripada maestro terkenal Datuk Ramli MS sebagai ketua juri, penyanyi legenda Indonesia Hetty Koes Endang, selain guru vokal Datuk Syafinaz Selamat.

Konsert GV9 yang bermula pada 18 September 2022, ditayangkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) dari Auditorium MBSA, Shah Alam.

Ia dijadualkan setiap hari Ahad pukul 9 malam dengan khidmat pengacara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.

Untuk pilihan alternatif, GV9 boleh ditonton secara online pada platform On Demand melalui Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 9 (2022)

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2022 Live + Minggu 4




Hakcipta iluminasi.com (2017)