Kredit foto: Instagram Jaclyn Victor

Siapa Jaclyn Victor? Pemilik nama penuh Jaclyn A/P Joshua Thanaraj Victor ini merupakan antara penyanyi yang tampil dalam saingan program realiti, Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

Peserta edisi 2022 itu turut dibarisi Shila Amzah, Tomok (New Boyz), Bob Yusof (AF2), Tom, Dina Nadzir, Pat Candy, Asheed (Def Gab C), Fuad Rahman (Singapura), Hazrul Nizam (Singapura), Haida Hasnan, Roy Kapilla dan kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb, Hakim).

Lebih lanjut mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 9 (2022)

Biodata

Nama sebenar: Jaclyn A/P Joshua Thanaraj Victor

Nama pentas: Jaclyn Victor, Jac

Umur: 44 tahun (2022)

Tarikh lahir: 4 Disember 1978

Tempat lahir / Asal: Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia

Keluarga: Anak pertama daripada empat adik beradik

Kerjaya: Penyanyi, pelakon

Instagram (IG): @jaclyn_victor

Latar Belakang Dan Fakta Menarik

1. Aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2002 dengan memperjuangkan genre muzik pop.

2. Anak sulung dalam keluarga yang berketurunan India Kristian dan mempunyai tiga orang adik lelaki.

3. Dibesarkan dengan pelbagai cabaran hidup, bapanya meninggal dunia ketika dia berusia sembilan tahun. Ibunya, Maggie Victor, melakukan tiga pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka sejak itu.

4. Apabila mencapai usia 18 tahun, Jac menyanyi di hotel dan kelab malam sebagai sara hidup bagi meringankan beban ekonomi keluarganya.

5. Jac pertama kali muncul dengan album terbitan sendiri, 'Dream' yang dikeluarkan sekitar 2003. Ia menampilkan lagu-lagu pop dan rock termasuk 'In A Dream'.

6. Pada 2004, Jac memenangi musim pertama Malaysian Idol. Dia mempersembahkan lagu baharu berjudul 'Gemilang' di pentas akhir yang menjadi haknya selepas menewaskan peserta Top 2, penyanyi Dina Nadzir.

7. Musim itu juga berjaya melahirkan penyanyi-penyanyi terbaik tanah air seperti Nikki Palikat dan Fazli Zainal.

8. Beberapa album studio yang pernah dirakamkannya ialah Gemilang pada tahun 2004, Inilah Jac (2006), Inilah Jac - Edisi Terhad (2007), Jaclyn Victor III (2009) dan Ikut Rentakku (2013).

9. Antara lagu popularnya seperti Gemilang, Di Bawah Pohon Asmara, Tiada Lagi Indah, Inilah Masanya, Cinta Tiada Akhirnya, Jagalah Diri, Nisan Cinta (duet bersama Siti Nordiana), Cepat Cepat, Ikut Rentakku, Satu Harapan, Bertamu di Kalbu, Wajah (lagu tema rancangan Bersamamu) dan Ceritera Cinta (duet bersama Rio Febrian).

10. Pada 2011, Jac bersama Ning Baizura dan Shila Amzah melancarkan album kolaborasi berjudul 3 Suara yang memuatkan 10 buah lagu antaranya Dimana Dimana, Beribu Sesalan, Semua Isi Hatimu dan It's A Beautiful Life.

11. Selain melibatkan diri dalam bidang nyanyian, Jac turut mencuba nasib dalam bidang lakonan iaitu menerusi filem Susuk pada 2008, Talentime (2009) dan Appalam (2010).

12. Dia berkahwin pada 19 Julai 2014 dengan Shawn Rivera, vokalis kumpulan R&B antarabangsa, AZ Yet, di sebuah gereja bersejarah di Philadelphia, Amerika Syarikat.

13. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Jonah Joshiah Rivera dan Molly Marguerite Rivera. Bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak kekal lama apabila suaminya mengumumkan bercerai pada Januari 2020.

Antara Pencapaian

Juara Malaysian Idol Musim 1

Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 20 (2006)

Lagu Terbaik, Album Terbaik & Vokal Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) & Anugerah Planet Muzik (APM)

Artis Wanita & Grup Duo Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)

Juara, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik AJL

Shanghai Asian Music Festival ke-8 pada 28 Oktober 2005 (Hadiah Emas)

Juara Ikon Malaysia

Pelakon Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) 22

Baca: Biodata Tomok (New Boyz), Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Shila Amzah, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Haida Hasnan, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Fuad Rahman, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Tom (My Starz LG), Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Pat Candy, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Hazrul Nizam, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Asheed (Def Gab C), Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Roy Kapilla, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Dina Nadzir, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Bob Yusof (AF2), Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Kumpulan VE, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Gambar

jaclyn victor instagram

jaclyn victor gemilang

peserta gegar vaganza 2022 502

Bersama ahli band

lagu jaclyn victor

jaclyn victor

peserta gegar vaganza 29

umur jaclyn victor

jaclyn victor cerai

Jac kini bergelar ibu tunggal

gegar vaganza 415

gegar vaganza 2022 845

Kredit foto: Instagram Jaclyn Victor & Facebook Jaclyn Victor

   

Video

Kredit video: Gemilang (Live)




Hakcipta iluminasi.com (2017)