Kredit foto: Instagram King Tom

   

Siapa Tom (My Starz LG)? Beliau merupakan penyanyi wanita Malaysia yang juga salah seorang daripada 13 peserta yang tersenarai dalam pertandingan nyanyian, Gegar Vaganza musim ke 9 (GV9).

Selain Tom, lima bintang solo wanita yang akan mencabarnya ialah Shila Amzah, Jaclyn Victor, Dina Nadzir, Pat Candy dan Haida Hasnan.

Manakala barisan peserta lelaki dibarisi oleh Tomok (New Boyz), Bob Yusof, Asheed (Def Gab C), Fuad Rahman (Singapura), Hazrul Nizam (Singapura), Roy Kapilla dan kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb, Hakim).

Untuk maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 9 (2022)

   

Biodata Tom My Starz LG

Nama sebenar: Raja Farah Afzal Raja Ikram

Nama pentas: Tom, Tom My Starz LG

Umur: 36 tahun (2022)

Tarikh lahir: 31 Oktober 1986

Agama: Islam

Asal: Taiping, Perak

Keluarga: Raja Ikram Raja Adnan (bapa)

Kerjaya: Penyanyi, pelakon

Instagram (IG): @raja_king_tom

Latar Belakang Dan Fakta Menarik

1. Mula aktif dalam dunia muzik sejak tahun 2010 dengan memperjuangkan genre muzik Pop.

2. Album rakaman pertamanya berjudul Redha memuatkan antaranya dua lagu hits yang melonjakkan namanya iaitu Lagu Untuk Kuala Lumpur dan Redha.

3. Pada 2010, Tom telah dinobatkan sebagai juara program realiti TV terbitan TV3, musim ketiga My Starz LG.

4. Kemenangan itu melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM100,000, televisyen LCD LG 42 inci dan kontrak rakaman dengan Warner Music Malaysia.

5. Sebelum menyertai My Starz LG, Tom pernah menyara hidup dengan bekerja sebagai penyanyi kelab malam di sekitar bandaraya Kuala Lumpur bersama kumpulan ‘Hypnorush’.

6. Sebelum menjadi artis terkenal, beliau juga banyak menyertai pertandingan bakat nyanyian antaranya di Los Angeles pada 2009, World Championship Performing Arts (WCPA) yang turut bersaing dengan penyanyi luar negara dan penyanyi tempatan popular seperti Siti Sarah Raisuddin, Bob AF2 dan Asmidar.

7. Bagaimanapun, kejayaannya memenangi pingat emas dalam pertandingan itu tidak dihebahkan oleh media kerana ketika itu dia bukan seorang artis.

8. Berkahwin dengan pemuzik, Ahmad Khairul Mizan pada 2007 di usia 21 tahun. Bagaimanapun, perkahwinan mereka berakhir pada April 2010 apabila penceraian mereka disahkan.

9. Kini dia bergelar ibu tunggal kepada dua orang anak yang salah seorangnya bernama Megat Aril Shakur.

10. Bapanya, Raja Ikram Raja Adnan meninggal dunia baru-baru ini pada 25 Ogos 2022.

11. Rentetan kelab malam ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan sejak dua tahun lalu, Tom yang hilang punca pendapatan terpaksa membuat persembahan jalanan di Pulau Langkawi, Kedah. Tom pernah menerima hanya RM6 daripada pendapatan 'busking' untuk dibahagikan kepada dua orang.

Baca: Biodata Shila Amzah, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Jaclyn Victor, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Fuad Rahman (Singapura), Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Pat Candy, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Tomok (New Boyz), Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Bob Yusof (AF2), Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Hazrul Nizam, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Asheed (Def Gab C), Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Haida Hasnan, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Roy Kapilla, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Dina Nadzir, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Kumpulan VE, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Gambar

tom

tom mentor

tom mystar

Imej Tom ketika menjayakan watak dalam sebuah drama

tom mystarz lg

tom gegar vaganza 256

gegar vaganza 628

peserta gegar vaganza 986

peserta gegar vaganza 2022 498

gegar vaganza 9 638

gegar vaganza 2022 809

senarai peserta gegar vaganza

Kredit foto: Instagram King Tom

Video

Kredit video: Tom - Redha [OFFICIAL VIDEO]

Sumber:

1. Tom My Starz LG Sudah Lama Bersedia Jadi Penyanyi

2. Bob AF, Siti Sarah, Asmidar dan Raja Farah di TV2

3. Tom pernah terima bayaran RM6 ketika 'busking'




Hakcipta iluminasi.com (2017)