Oleh pada 17 Sep 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

 

'Gegar Vaganza' kembali dengan musim ke 9 (GV9) membawakan barisan artis yang mantap dan relevan bagi mengubati rindu peminat industri muzik tempatan.

Jika sebelum ini 'Gegar Vaganza' menjadi jenama program artis evergreen yang bertanding, namun 'GV' edisi kesembilan ini telah diperbaharui dengan penampilan peserta-peserta bernama besar yang utuh dalam bidang nyanyian di negara kita.

gegar vaganza 2022 96

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Konsep

Penyanyi profesional dan berpengalaman yang sebahagiannya berstatus 'legenda' menyahut cabaran untuk beraksi di pentas pertandingan nyanyian realiti yang mendapat liputan hebat di seluruh negara.

Mereka dicabar untuk mempersembahkan pelbagai genre lagu di luar zon selesa masing-masing dan seperti program realiti lain, peserta yang mendapat markah terendah tidak akan terlepas untuk disingkirkan pada penghujung setiap episod.

'GV' menjadi medan untuk barisan bintang ini kembali mengukir nama dalam bidang nyanyian, selain bersaing merebut takhta gelaran juara berprestij Gegar Vaganza.

peserta gegar vaganza 2022 634

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Peserta

Seramai 13 penyanyi hebat mengambil tempat sebagai peserta untuk merangkul gelaran juara.

Gabungan peserta musim ini menggunakan elemen kepelbagaian sebagai representasi genre muzik di negara kita iaitu mewakili genre Pop, Rock dan R&B dari kalangan penyanyi sedia ada.

Peserta 'GV9' dibarisi 12 penyanyi solo dan sebuah kumpulan iaitu Shila Amzah, Jaclyn Victor, Tomok, Asheed Def Gab C, Bob Yusof (AF2), Fuad Rahman (Singapura), Hazrul Nizam (Singapura), Roy Kapilla, Pat Candy, Tom, Dina Nadzir, Haida Hasnan serta kumpulan VE yang dianggotai Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim.

Juri

Barisan pengkritik dan juri profesional tetap akan disertai oleh maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS selaku ketua juri yang akan dibantu oleh guru vokal Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang. Mereka juga akan bersama juri jemputan setiap minggu.

Format Penjurian

'GV9' masih menggunakan sistem pemarkahan 100% oleh juri profesional sebagai format penjurian, pada masa yang sama peserta yang mendapat markah terendah akan tersingkir pada penghujung setiap episod konsert.

   

peserta gegar vaganza 458

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Hadiah

Hadiah wang tunai RM100,000 dan pakej percutian ke Paris menanti pemenang juara pada konsert akhir, manakala naib juara diberi ganjaran RM50,000 dan pakej percutian ke Dubai serta Abu Dhabi.

Tempat ketiga akan membawa pulang RM30,000 bersama pakej percutian ke Seoul, tempat keempat meraih RM20,000 bersama pakej percutian ke Chiang Mai, kelima

menerima RM15,000 berserta pakej percutian ke Vietnam, manakala keenam RM10,000 termasuk pakej percutian ke Jakarta.

       

Penaja

Jenama Farm Fresh hadir memberi sokongan sebagai Penaja Utama hasil kerjasama dengan Digi yang bertindak sebagai Telco Rasmi. Sementara Adabi dan CUCKOO memberikan sokongan mereka sebagai Penaja Bersama.

Rakan Digital Dan Radio Rasmi

Rakan Digital diiringi kerjasama antara Astro GO, Gempak dan Ria X, manakala Sinar disokong Gegar muncul sebagai Rakan Radio Rasmi.

Pengacara

Musim baharu ini membawakan penampilan bersama Nabil Ahmad dan pelakon serta alumni 'Gegar Vaganza 3', Elly Mazlein, sebagai pengacara yang akan menyerikan pentas utama konsert mingguan itu.

konsert gegar vaganza 2022 708

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Waktu Siaran

Sepuluh (10) minggu 'Gegar Vaganza' musim ke 9 akan disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 18 September 2022, setiap hari Ahad, pukul 9 malam, secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan sebagai pilihan fleksibel, strim online melalui platform On Demand melalui Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Program 'Gegar Vaganza Live Plus' akan ditayangkan serentak semasa konsert mingguan 'GV9', di laman web rasmi GV9 dan saluran Youtube Astro Gempak sebagai pengisian di platform digital.

Selain itu, program 'Kapsul Gegar Vaganza S9' membawakan klip sesi latihan vokal peserta, persiapan mereka dan trivia yang boleh ditonton setiap Isnin hingga Jumaat, jam 9 malam mulai 12 September 2022.

Jika terlepas, ikuti semula dalam program 'Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S9' yang disiarkan setiap Sabtu, jam 6 petang bermula 23 September 2022.

Rancangan Vazz Vaganza selama 30 minit yang dihoskan oleh Keanu Azman sejurus tamat konsert utama akan menampilkan segmen membabitkan juri membincangkan komen pedas mereka, temu bual dengan peserta yang memenangi tempat pertama termasuk yang tersingkir dan sesi soal jawab bersama media.

Siaran penuh minggu pertama konsert 'GV9' juga boleh distrim secara percuma melalui aplikasi sooka.

Khas untuk pelanggan setia Astro, anda diberi peluang menonton 'GV9' secara LIVE dengan hanya menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket untuk dimenangi setiap minggu.

Untuk rekod, pertandingan nyanyian ini pernah mengetengahkan beberapa penyanyi profesional lama atau berpengalaman dalam industri muzik di Malaysia sebagai peserta antaranya Zamani Slam, Mus May, Amelina, Noraniza Idris, Mamat Exist, Liza Hanim, Ameng Spring, Adibah Noor, Siti Sarah Raisuddin, Maya Matahari, Nikki Palikat, Aweera, Ifa Raziah dan ramai lagi.

Senarai Juara Pemenang Gegar Vaganza (GV)

GV1 / Musim 1 (2014) - Ayai Illusi

GV2 / Musim 2 (2015) - Siti Nordiana

GV3 / Musim 3 (2016) - Azharina Azhar

GV4 / Musim 4 (2017) - Aishah

GV5 / Musim 5 (2018) - Noryn Aziz

GV6 / Musim 6 (2019) - Naqiu (Boboy) & Hady Mirza

GV7 / Musim 7 (2020) - Cliff Umar

GV8 / Musim 8 (2021) - Aliff Aziz

   

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 1

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2022 Live + Minggu 1

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)