Kredit foto: Instagram Hazrul Nizam

Siapa Hazrul Nizam? Nama penuhnya Mohammad Hazrulnizam Taib, dia antara penyanyi yang muncul dalam pertandingan program realiti, Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

Gelanggang program yang sengit itu turut menyaksikan barisan peserta terdiri daripada Shila Amzah, Jaclyn Victor, Bob Yusof (AF2), Tomok (New Boyz), Fuad Rahman (wakil Singapura), Asheed (Def Gab C), Tom, Pat Candy, Dina Nadzir, Haida Hasnan, Roy Kapilla dan kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb, Hakim).

Selanjutnya mengenai format penjurian, hadiah dan maklumat penuh GV9, baca artikel berikut: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 9 (2022)

Biodata

Nama sebenar: Mohammad Hazrulnizam bin Taib

Nama pentas: Hazrul Nizam

Umur: : 42 tahun (2022)

Tempat lahir / Asal: Singapura

Pendidikan: Bachelor of Arts In Psychology And Human Resource Management, Murdoch University

Kerjaya: Penyanyi, Ejen hartanah profesional

Instagram (IG): @azruul

Latar Belakang

1. Berstatus solo dan belum pernah berkahwin.

2. Pernah popular dengan lagu Kaulah Segalanya yang merupakan lagu 'cari makannya'.

3. Sebagai penyanyi asal 'Kaulah Segalanya' yang dirakamkan pada 2002, dia hanya dikenali 20 tahun kemudian selepas single itu dilancarkan, ketika terbabit dalam GV.

4. Namanya tidak popular kerana kekurangan promosi lagu itu semasa kemunculan awalnya, tambahan pula dia tidak mempunyai syarikat pengurusan ketika itu.

5. Hilang daripada radar dunia hiburan apabila dia menyertai kerjaya tetapnya dalam bidang hartanah.

6. Ditawarkan untuk memasuki GV pada musim sebelumnya, tetapi jadual kerja yang padat menghalang kemasukannya.

7. Tidak meletakkan sasaran memenangi GV sebagai keutamaan, sebaliknya hanya mahu menjadikan pentas itu sebagai peluang untuk menaikkan semula namanya yang tenggelam timbul.

Fakta Menarik

1. Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang 'private'.

2. Mahukan kerjaya nyanyiannya lebih mendapat fokus berbanding hal peribadi.

3. Tidak terbuka untuk mendedahkan tentang keluarganya, walaupun mereka adalah penyokong kuatnya dari belakang, tetapi dia hanya mahu dirinya berada di hadapan dan menjadi tumpuan.

4. Meninggalkan dua ekor kucing kesayangan untuk dipelihara oleh pembantu rumah jirannya di Singapura, sepanjang penglibatannya dalam GV.

5. Kini bekerja sebagai Ejen Hartanah di Singapura.

Pencapaian

Naib Juara Talentime 2001

Juara The Juara Songwriting Competition, 2002

Artis Baru Terbaik, Anugerah Planet Muzik 2004

Penyanyi lagu tema Lee Kuan Yew Waterprice Award 2008

Penyanyi acara pembukaan Sukan Sea 2015

Jurulatih vokal Mediacorp 2013 – 2015

Baca: Biodata Jaclyn Victor, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Tomok (New Boyz), Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Shila Amzah, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Haida Hasnan, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Fuad Rahman, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Tom (My Starz LG), Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Bob Yusof (AF2), Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Pat Candy, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Dina Nadzir, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Asheed (Def Gab C), Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Roy Kapilla, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Baca: Biodata Kumpulan VE, Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022

Gambar

hazrul nizam umur

hazrul nizam gegar vaganza

hazrul nizam age

hazrul nizam kaulah segalanya

hazrul nizam 585

peserta gegar vaganza 2022 160

gegar vaganza 401

kaulah segalanya hazrul nizam

gegar vaganza 2022 123

kaulah segalanya   

Kredit foto: Instagram Hazrul Nizam

Video

Kredit video: Kaulah Segalanya by Hazrul Nizam

Sumber:

1. Tiada rajuk, memendam rasa – Hazrul Nizam

2. GV9: “Saya Seorang Yang Agak Private” - Hazrul Nizam Dedah Status Sebenarnya, Lebih Selesa Peminat Ambil Tahu Tentang Nyanyian

3. Astro Gempak

4. Facebook Hazrul Nizam




Hakcipta iluminasi.com (2017)