Oleh pada 19 Sep 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

13 peserta Gegar Vaganza musim ke 9 (GV9) bakal meneruskan saingan pada minggu kedua, Ahad ini.

Bertemakan 'Malar Segar Mekar Membara', peserta program realiti itu bakal mempersembahkan lagu-lagu yang kekal popular dan relevan sejak sekian lama.

Peserta yang beraksi menghangatkan persaingan ialah penyanyi Shila Amzah, Jaclyn Victor, Tomok (New Boyz), Bob Yusof (AF2), Asheed Def Gab C, Tom, Dina Nadzir, Roy Kapilla, Fuad Rahman (Singapura), Hazrul Nizam (Singapura), Pat Candy, Haida Hasnan dan kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim).

Ini adalah senarai tugasan lagu yang menanti mereka sebagai cabaran pada konsert yang bakal berlangsung.

gegar vaganza 217

Kredit foto: Instagram Sooka Malaysia

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu Kedua

1. Jaclyn Victor - Gerimis Mengundang (Slam)

2. Shila Amzah - Getaran Cinta Di Jiwa (Liza Hanim)

3. Tomok (New Boyz) - Janji Padamu (Exists)

4. Bob Yusof (AF2) - Kepulangan (Razis Ismail)

5. Dina Nadzir - Ku Teruskan (Siti Sarah Raisuddin)

6. Tom - Kemaafan Dendam Yang Terindah (Aishah)

7. Roy Kapilla - Izinkan Selamanya Namamu Dihati (Kumpulan EYE)

8. Asheed Def Gab C - Percayakan Siti (Exists)

9. Hazrul Nizam - Untukmu Ibu (Exists)

10. Pat Candy - Makhluk Tuhan Paling Sexy (Mulan Jameela)

11. Fuad Rahman - Suara Cinta (Mega)

12. VE - Kasih Berubah (Ferhad)

13. Haida Hasnan - Di Sebalik Sejuta Wajah (Shima)

Lagu Pembukaan - Nabil Ahmad & Elly Mazlein - Kini Kau Tiada (Che Puan Sarimah Ibrahim)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 3

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 2

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 1

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 1

Juri profesional tetap edisi ini membabitkan Datuk Ramli MS selaku ketua juri, bersama penyanyi legenda Indonesia Hetty Koes Endang dan guru vokal Datuk Syafinaz Selamat dengan kemunculan juri jemputan mingguan yang akan diperkenalkan pada siaran konsert itu nanti.

Konsert GV9 yang diadakan setiap hari Ahad pukul 9 malam ditayangkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) mulai 18 September 2022.

Berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, rancangan pertandingan yang dihoskan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein itu turut disertakan di platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go sebagai tontonan online bagi memberi pilihan yang lebih fleksibel.

Butiran mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel berikut: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 9 (2022)

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2022 Live + Minggu 1




Hakcipta iluminasi.com (2017)