Oleh pada 31 Oct 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Dengan bertemakan "Kata Dikota Nama Di Carta", sembilan peserta yang tinggal pada konsert Gegar Vaganza musim ke 9 (GV9) minggu kelapan, akan bertarung untuk menempah tiket ke peringkat seterusnya.

Melalui tema ini, peserta berpeluang menyampaikan lagu-lagu popular yang mempunyai nama dalam lirik dan judulnya.

Barisan peserta yang terpilih ke saingan itu ialah Jaclyn Victor, Tomok (New Boyz), Bob Yusof (AF2), Shila Amzah, Fuad Rahman (Singapura), Hazrul Nizam (Singapura), Dina Nadzir, Asheed Def Gab C dan Kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim).

Seperti yang didedahkan dalam segmen Ada Lagu Ada Lagi, berikut senarai lagu tugasan sembilan peserta yang bakal menjadi cabaran dan menguji kebolehan vokal mereka.

gegar vaganza 132

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu Kelapan

1. Bob - My Baby You (Marc Anthony)

2. Shila Amzah - Cuba (Faizal Tahir)

3. Jaclyn Victor - Lelaki Ini (Anuar Zain)

4. Tomok - Mentera Semerah Padi (Dato M.Nasir)

5. Asheed Def Gab C - Tiara (Kris)

6. Fuad Rahman - Laila Namamu Teratas (Search)

7. VE - Rozana (Search)

8. Dina Nadzir - Hijau (Dato Zainal Abidin)

9. Hazrul Nizam - Widuri (Bob Tutupoly)

Lagu Pembukaan - Nabil Ahmad & Elly Mazlein - Fiona (4U2C)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 9 Suku Akhir

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 7

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Jaclyn Victor, Peserta Gegar Vaganza 9

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Tomok, Peserta Gegar Vaganza 9

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Hazrul Nizam, Peserta Gegar Vaganza 9

Pertandingan ini mengekalkan penilaian profesional dengan tiga juri tetap yang akan mengadili peserta pada malam konsert iaitu pengarah muzik Datuk Ramli MS, penyanyi Indonesia Hetty Koes Endang dan guru vokal Datuk Syafinaz Selamat.

Konsert GV9 dari Auditorium MBSA, Shah Alam, dipersembahkan secara langsung pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dengan gandingan pengacara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.

GV9 yang bermula pada 18 September 2022 juga boleh diikuti secara dalam talian (online) di platform On Demand melalui Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 9 (2022) untuk maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan.

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2022 Live + Minggu 7




Hakcipta iluminasi.com (2017)