Oleh pada 03 Sep 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Alternate

   

Anugerah Industri Muzik ke 23 (AIM23) akan diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 11 September 2022.

Lima calon bagi setiap kategori anugerah muzik tempatan paling berprestij itu telah diumumkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), baru-baru ini.

Sebanyak 21 kategori menyenaraikan 105 calon yang disenarai pendek hasil pengiraan markah juri yang diaudit firma pengauditan, Mazars. Proses pengadilan juga ditadbir oleh pihak ketiga yang bebas, Macomm Management Services Sdn. Bhd.

Pengadilan itu dibuat oleh panel juri yang terdiri daripada sekumpulan penggiat seni yang disegani bukan sahaja dari industri muzik, tetapi juga dari industri perfileman tempatan (bagi kategori 'Runut Bunyi (OST) Terbaik Dalam Filem/Drama').

Seramai 113 orang juri terlibat dalam penilaian calon di mana setiap kategori diadili oleh antara tujuh hingga 10 orang pakar dalam bidang masing-masing.

Maestro muzik, Datuk Mokhzani Ismail bertindak sebagai ketua juri dengan dibantu oleh antaranya Omar K, DJ Fuzz, Adi Priyo, Shah Slam, Datuk Syafinaz Selamat, LY, Fauzi Markuzi, Datuk Acis, Datuk Afdlin Shauki, Mas Idayu dan Noryn Aziz.

Sebelum ini, RIM menerima sejumlah 650 pencalonan untuk AIM23 berikutan tempoh kelayakan 18 bulan yang lebih lama untuk keluaran lagu dan album baharu dari 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2022.

Selain itu, beberapa kategori baharu yang diperkenalkan turut menyumbang kepada peningkatan jumlah pencalonan bagi tahun ini.

Kategori anugerah 'Lagu India Tempatan Terbaik' bagaimanapun terpaksa disingkirkan kerana kebanyakan lagu yang dicalonkan tidak memenuhi kriteria menyebabkan bilangan lagu untuk senarai '5 Teratas' dalam kategori ini tidak mencukupi.

Anugerah Industri Muzik Ke-23 dijadualkan pada 11 September ini untuk tayangan kaca TV Astro Ria (saluran 104) pada pukul 9 malam. Alternatif lain, pelanggan Astro boleh menikmatinya secara online melalui aplikasi Astro GO atau platform On Demand.

aim

Kredit foto: Instagram Syok

Senarai Calon Top 5 Anugerah Industri Muzik 23 (AIM23) 2022

Artis Baru Terbaik

Rian Shain – Kesumat

Aufahanie – Geming Jiwa

Vanessa Reynauld – Buat Ku Sempurna

Iss Arffan – Tiada Bernoktah

Ahmad Syafiq – Duri

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)

Hafiz Suip – Takluk Cinta

Alif Satar & The Locos – Anugerah Terindah

Syamel – Bila Kau Tiada

Arddley Nicholas – Pilu

XPOSE – Jejak

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)

Vanessa Reynauld – Buat Ku Sempurna

Ernie Zakri – Sinar Mata Hati

Aina Abdul – Nada Kalbu

Idayu – Jangan Menangis Cinta

Marsha Milan – Cinta

   

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan)

Da Unknown – Tersakiti

Dolla – Berani

Blvckmind Squad – Sembelih

V.E – Tunggu

Zayne – Kaulah Cinta

Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu

Hafiz Suip & Ernie Zakri – Berakhirlah Pencarianku

Syamel & Ernie Zakri – Goodbye Hello

Shila Amzah & Liza Hanim – Bahagiakan Dia

Lah Ahmad ft. Aina Abdul – Tunggu Kamu

Shuib & Siti Sarah – Semakin Benci Semakin Cinta

Album Terbaik

Di Persiaran Cakrawala - Ramayan (Ramayan)

Tuju Untuk Kamu 18/19 - Tuju (Mingaling, Saucie J & Meerfly)

Second Voyage - Sekumpulan Orang Gila (Bert Poncet)

Yonny (Deluxe Version) - Yonnyboii (Wolfy)

Sesudah Melakar Langit - A.Limin (Amerul Ishraf Adri)

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu

Chendering - Bizhu (Idris Koh Keng Hui)

Ellame Marenthen - Thiagu Murugesu, Anad Sadacharam, Karthikeyan (Thiagu Murugesu)

Malam Ku Bermimpi - Dayang Nurfaizah (Aubrey Suwito)

Tudung Periuk - Dayang Nurfaizah (Aubrey Suwito)

Buat Ku Sempurna - Vanessa Reynauld (Adib Hussein, Mage, Faizal Tahir, Mike Chan)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara

Masih - Rossa

Tak Ingin Usai - Keisya Levronka

Bismillah Cinta - Ungu & Lesti

Terlalu Berharap - Rossa

Memilih Aku - Arsy Widianto & Tiara Andini

Lagu Cina Tempatan Terbaik

Yu Ni - FS (Fuying & Sam) (Li Zhen Yu / Zhang Guo Xiang)

Suan Shen Me - Uriah (Uriah / Juey Ying)

Zhi Dao Wo Men Yu Jian Ai - Suzanne Low (Chow Yee Hang / Wong San San)

Wu Ren Qian Shou De Xin Fu - Uriah (Uriah, Jia Wang / Hong Jian Rui)

Someday - Suzanna Low feat. Gaston (Chow Yee Hang, Gaston / Wong San San, Gaston)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

So In Love - TY:Del (Ritchie Retita. Timothy Long, Carlson Kam, Roshan Sundram)

My World Too - Fatia (Aubrey Suwito & Lin Li Zhen)

Game of Charades - Sophia Zuhri (Sophia Zuhri)

Acknowledge - Astor Walk (Astor Walk)

We Go Up - Athalia (Athalia Buswani & Bryan Bouro)

Lagu Pop Elektronik / Dance Terbaik

Narsis - Elizabeth Tan feat. Zynakal (Brendan Lim, Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong, Zynakal)

Fun, Lust, Love - Late Night Frequency (Mojan LNF)

VETO - DJ CZA feat. TUJULOCA & MK (DJ CZA / TUJULOCA & MK)

Amaran - Siti Nordiana & Bunga (Mas Dewangga, Firdaus Rahmat, Bunga)

Panggil Sayang - Syeera Aziz (Shazee Ishak, Audi Mok)

Lagu R&B / Hip Hop Terbaik

Tak Sangka - Yonnyboii, Zynakal & Asyraf Nasir (Yonnyboii, Zynakal & Asyraf Nasir)

CIAO - Joe Flizzow ft. MK, Jay Park (Joe Flizzow, MK, Jay Park, Magic Potions)

Orang Lain - A. Nayaka feat. Joe Flizzow, Yonnyboii (A. Nayaka, SonaOne, YHB Sleepsalot, Joe Flizzow, Yonnyboii, Airliftz, SYA, SENNA & Zynakal)

Tunggu - V.E (Zaf, Adeep, Uno & AJ / Adeep, Zaf & Cham)

Disentuhi Cinta - Suzanne Low (Yu Heng / Slen Fadzil)

Lagu Pop Terbaik

Alah Bisa - Faizal Tahir & Amira Othman (Glow Rush. Faizal Tahir, Nick Ariff, Acap Salim, Mage)

Penat - Daiyan Trisha feat. Tuju (Daiyan Trisha, Tuju, Loca B)

Goodbye, Hello - Syamel & Ernie Zakri (Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan)

Perpisahan - Khai Bahar (Rudy Nastia, Shamin Nazri & Adi Pawana)

Kelentang Kelentong - Hael Husaini (Hael Husaini & Ezra Kong)

Lagu Rock Terbaik

Toxic - Alif Satar & The Locos (Alif Satar, Faliq Auri, Rajwan Juni, Tam Cobain, Efry Arwis)

Tugu Ugut - Sekumpulan Orang Gila (Nazrin / Ajim Juxta)

Korang - Bunkface (Sam, Paan, Youk, Epul Kuat, Izzy Musa, Shahir)

DUIT! - Stacy (Bunga Cantik, Hang Nadim)

I Miss You - Bunkface (Sam, Paan, Youk, Biak)

Lagu Nasyid Terbaik

Syudud Qalbu - Fitri Haris x Zarul Umbrella (Azmeer & Fitri Haris)

Thank You Allah - Alyah feat. Cat Farish & Ustaz Haris (Alyah, Ikhwan Fatanna, Omar K, Cat Farish, Ustaz Haris)

Selimut Kasih - InTeam (Syah InTeam / Ahmad Fedtri Yahya)

Hasbunallah - One Path (Ustaz Adnin, Shafiq One Path, Afiq One Path, Haseef One Path, Ammar One Path)

Linangan Laduni - Darwish (Harry Khalifah / Yabang Khalifah)

Lagu Pop Etnik Terbaik

Anakanda - Dato's Sri Siti Nurhaliza (Pown Hasril, Kaim Karam, Jack Jafni / Rozi Sang Dewi)

Kucuma - Wany Hasrita & Dato' Jamal Abdillah (A. Ramlee & Ezra Kong)

Intan Payung - Bunga feat. Noraniza Idris (Luca Sickta, Bunga, Amzar Razqa / Bunga, Siqma)

Adat Kasih - Ziha Salleh (Aubrey Suwito / Tinta)

Sang Purnama - Wany Hasrita & Wani Syaz (Sang Hitam, Mas Dewangga, Aden King)

Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem / Drama

Coretan Pilu - Awie (Ikhwan Fatana & Wan Saleh)

Khilaf Asmara - Shila Amzah (Amylea)

Memandangmu - Aidit Alfian & Teguh Budiman (Aidit Alfian, Raja Ahmad Mukhlis, Bakhtiar Effendy)

Cinta - Marsha Milan (Bunga Cantik, Hang Nadim)

Bahagiakan Dia - Shila Amzah & Liza Hanim (Aliff Iskandar & Que Afiq)

Video Muzik Terbaik

Sape Kata - SonaOne (ATG & SonaOne)

Gatal - Janna Nick (Chuan Looi)

CIAO - Joe Flizzow ft. MK, Jay Park (Shahrin Bahar)

Makuta - Kmy Kmo, Luca Sickta, Hazama (Yusuf Yunus)

Penat - Daiyan Trisha feat. Tuju (Jasmine Wong & Daiyan Trisha)

Rakaman Album Terbaik

Fobia - Naim Daniel (Omar K)

Yonny (Deluxe Version) - Yonnyboii (Yonnyboii)

Belagu - Dayang Nurfaizah (Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito)

Second Voyage - Sekumpulan Orang Gila (Bert Poncet)

Sesudah Melakar Langit - A.Limin (Amerul Adri)

Rakaman Lagu Terbaik

Malam Ku Bermimpi - Dayang Nurfaizah (Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito)

Aku Setia - Razak A'ai (AG Coco, Hanis Azman, Ucop Classmates)

Tudung Periuk - Dayang Nurfaizah (Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito)

Ellame Marenthen - Anand Sadacharam & Surmukhi Raman (M. Jagathees)

Anugerah Terindah - Alif Satar & The Locos (Taja Mustapha, Hafizul 'Pij' Hafiz, Felix Voon)

Kulit Single / Album Terbaik

Borak - Salammuzik (Lan Nusa)

Adat Kasih - Ziha Salleh (Patrick Leong Kok Soong)

Kendati - Amylea (Amylea Azizan)

Radio - Razak A'ai (Mohammad Farizie Bin Johari)

Belagu - Dayang Nurfaizah (Abidin Khairul / Khairul Afiq Khairudin)

Lagu Terbaik

Calon-calon akan diumumkan pada malam anugerah

Anugerah Kembara

Pemenang akan diumumkan pada malam anugerah

Anugerah Sri Wirama

Pemenang akan diumumkan pada malam anugerah

Untuk senarai pemenang, senarai penyampai trofi dan penyanyi yang membuat persembahan, baca artikel berikut: Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Industri Muzik 23 (AIM23) 2022

Baca: Senarai Calon Top 5 Dan Pemenang Anugerah Industri Muzik 22 (AIM22) 2016

Kredit video: LIVE Sidang Media Pengumuman Calon Akhir AIM 23 | 1 Sept 2022




Hakcipta iluminasi.com (2017)