Oleh pada 21 Nov 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Debaran konsert akhir Gegar Vaganza musim ke 9 (GV9) mula terasa!

Dengan mengangkat tema 'Kemanisan Di Akhir Garisan', episod kemuncak akan memaparkan pertandingan akhir antara enam finalis dalam merebut gelaran juara edisi terbaru GV.

Calon pemenang musim ini dibarisi oleh nama-nama terkemuka dalam dunia muzik tanah air iaitu penyanyi Jaclyn Victor, Shila Amzah, Tomok (New Boyz), Bob Yusof (AF2), Hazrul Nizam (Singapura) dan Kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim).

Mereka ditugaskan untuk mementaskan lagu-lagu solo dan battle dalam dua buah pusingan.

Berikut adalah senarai lagu pertaruhan mereka yang bakal membawa tuah kepada salah seorangnya!

gegar vaganza 720

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Senarai Lagu Konsert Akhir / Final Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu Kesebelas

*Seperti diumumkan dalam segmen Ada Lagu Ada Lagi!

1 - Jaclyn Victor - It's All Coming Back to Me Now (Celine Dion) & This Is Me (Keala Settle & The Greatest Showman Ensemble)

2 - Shila Amzah - Secret Love Song (Little Mix ft Jason Derulo) & Tak Ada Logika (Agnes Monica)

3 - Tomok - Berhenti Berharap (Sheila On 7) & Time is Running Out (Muse)

4 - Bob - Rahasia Perempuan (Ari Lasso) & Sejati (Wings)

5 - Hazrul Nizam - Crazy (Gnarls Barkley) & Terlanjur Cinta (Hael Husaini, Cakra Khan)

6 - VE - Ikhlas Tapi Jauh (Artis RAP) & Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-Baik Saja (Judika)

Tugasan Kedua (Battle)

1 - Jaclyn Victor & VE - Sang Saka Biru (Joe Flizzow, Altimet, SonaOne, Alyph) & The Real Slim Shady (Eminem)

2 - Shila Amzah & Tomok - Too Legit to Quit (Mc Hammer) & Party Sampai Pagi (Karmal)

3 - Bob & Hazrul Nizam - Ice Ice Baby (Vanilla Ice) & Swipe (Alyph)

Lagu Pembukaan - Elly Mazlein & Nabil Ahmad - Ooh! La! La! (KRU) & Inilah Nasibku (Nico)

Baca: Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2023 Musim 10 (GV10)

Baca: Keputusan Markah Konsert Akhir Gegar Vaganza 2022 (GV9) - Juara, Pemenang, Finalis

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 9

Memegang mandat menilai persembahan ialah tiga juri profesional tetap yang dilantik iaitu pengarah muzik Datuk Ramli MS, penyanyi bertaraf legenda Indonesia Hetty Koes Endang dan guru vokal Datuk Syafinaz Selamat.

Maklumat mengenai format pemarkahan, hadiah dan info penuh rancangan, rujuk artikel berikut: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 9 (2022)

GV9 yang dihoskan oleh pengacara Elly Mazlein dan Nabil Ahmad disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 18 September 2022, dan juga boleh dinikmati dalam talian (online) di platform On Demand melalui Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2022 Live + Minggu 11 Akhir




Hakcipta iluminasi.com (2017)