Kredit foto: Instagram Eric Fuzi

    

Siapa Eric Fuzi? Muhamed Eric Muhamad Fuzi atau nama pentasnya, Eric Fuzi merupakan seorang pelakon dan pemuzik Malaysia.

Beliau kini terlibat sebagai pemain keyboard untuk kumpulan Floor 88 iaitu sebuah kumpulan muzik rakaman yang memperjuangkan konsep muzik pop rock, alternative rock dan pop.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Muhamed Eric bin Muhamad Fuzi.
  • Menggunakan nama komersial, Eric Fuzi.
  • Berumur 28 tahun.
  • Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 15 September 1992.
  • Merupakan seorang pelakon dan pemuzik yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2003.
  • Menganggotai kumpulan Floor 88 dengan memegang peranan sebagai pemain keyboard. 
  • Floor 88 antara lain dibarisi Nik Fadlee Elhamshah atau Ayie Elham selaku vokalis, Zai Hamzah atau Achoi (gitar utama) Muhammad Falikh atau Falique (pemain gitar bass), Muhammad Akram atau Akram (pemain dram) dan Amirul Affeq atau Amir (gitar kedua).
  • Dalam bidang lakonan, beliau pernah membuat kemunculan menerusi filem I Know What U Did Last Raya, Kayangan, Budak Lapok, Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib, Dunia Baru The Movie, Rasukan Ablasa dan Mencari Rahmat.
  • Antara lain, peranan wataknya di layar kaca televisyen menerusi rangkaian drama seperti Qalesya, Folklore. Kau Roadblock Hatiku dan Tok Moh Talent Agency, termasuk telefilem Neon, Azam dan Melur vs Rajawali.

   

Baca: Biodata Ayie Elham, Vokalis Kumpulan Floor 88

Baca: Biodata Kumpulan Floor 88

     

Fakta Menarik

  • Menerusi Floor 88, beliau mempopularkan lagu-lagu berhantu seperti Yang Benar, Zalikha, Aqilah, Roadblock Hatiku (duet bersama Baby Shima), Hutang, Ku Putih, Kemaafan Di Hari Raya, Tak Dapat Raya (duet bersama Baby Shima) dan Masa P-K-P.
  • Terbabit sebagai pengarah video muzik dalam kebanyakan lagu-lagu Floor 88 seperti Hutang, Yang Benar dan Roadblock Hatiku. Tidak ketinggalan, single Pura Pura Bujang nyanyian Baby Shima dan Bicara Rasa (Sarah Suhairi dan Ariff Bahran).
  • Laman sosial Instagramnya yang didaftarkan atas nama @ericfuzi_f88 sehingga kini mencatatkan lebih 83,000 pengikut.

   

Foto

eric fuzi

floor 88

filem eric fuzi

eric fuzi dulu

lagu floor 88

ayie floor 88

instagram eric fuzi

ayie elham

wikipedia eric fuzi

eric fuzi kecil

Kredit foto: Instagram Eric Fuzi

   

Video

Kredit video: EKSKLUSIF! Wany Hasrita Cinta Eric Fuzi?

   

Sumber:

1. Tak tahu babak drama video muzik

2. Eric Fuzi Terharu Diberi Kepercayaan Mengarahkan Video Muzik OST Sara Sajeeda

3. Wikipedia Eric Fuzi

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)