Biodata

Nama penuh: Nik Fadlee Elhamshah

Nama popular: Ayie Elham

Tarikh lahir: 7 Julai 1997

Umur: 21 tahun

Asal: Sabah

Pekerjaan: Penyanyi dan pelakon

Media sosial: Instagram @ayieelhamf88

       

Fakta Menarik

1. Merupakan pelajar dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

2. Vokalis kumpulan Floor 88 yang turut dianggotai Zai Hamzah (gitar utama), Amir (Gitar kedua), Akram (drum), Eric Fauzi (Keyboard) dan Falique (Bass).

3. Menerusi Floor 88, beliau memperjuangkan genre muzik pop rock, alternative rock dan pop.

4. Bernaung di bawah syarikat rakaman MVM Production Sdn Bhd dan Universal Music Ltd.

5. Mengakui dirinya sering diekori peminat ke mana sahaja dia pergi, malah kehidupan sehariannya didatangi banyak kiriman 'Direct Message' (DM) di media sosial.

6. Pada April 2018, Ayie mendedahkan kepada pihak media bahawa dirinya berasa tercabar apabila teman sepengajian, MeiFen dan Zera Hariz berjaya mendapat Anugerah Dekan meskipun sibuk memenuhi tuntutan aktiviti seni. Namun perkara itu dijadikan inspirasi untuk dirinya memperoleh kejayaan sama.

7. Pada Disember 2017, beliau menjadi tular kerana kejadian pengsan di studio ketika sesi rakaman single terbaru. Ia berlaku gara-gara terlalu penat melaksanakan tanggungjawab sebagai penyanyi dan pelajar dalam masa yang sama. 

     

Baca: Biodata Kumpulan Floor 88

Baca: Biodata Eric Fuzi, Pemain Keyboard Kumpulan Floor 88

    

Foto

biodata ayie elham vokalis kumpulan floor 88 2

biodata ayie elham vokalis kumpulan floor 88 3

biodata ayie elham vokalis kumpulan floor 88 4

biodata ayie elham vokalis kumpulan floor 88 5

biodata ayie elham vokalis kumpulan floor 88 6

Video

    

Lirik Roadblock Hatiku

        

Lagu: Achoi Floor 88

Lirik: Achoi Floor 88, Romeo Manja & Room None

Penyanyi: Baby Shima & Floor 88

          

Kau telah roadblock hatiku sayang

Kau telah roadblock hatiku sayang

Hey

          

Cerita ini bermula

Ketika aku keluar

Berjalan di kota raya

Melihat sini sana

Dengan e kali lima

             

Hingga ku sedar dompetku di lain celana

Nasibku menjadi parah

Pabila ada polis di depan mata

            

Hatiku rasa bergetar

Bagaikan petir menyambar

Saat engkau menghampiri

Kaku kaki terkunci

Bagai disumpah jampi

            

Hingga perlahan-lahan ku mendekatinya

Dia memandangku

Terasa panahan percikan api cinta

         

Kau telah roadblock hatiku sayang

Dengan pandangan cinta yang pertama

Pabila kau melihatku, jatuh gugur imanku

Terdiam ku terpaku

           

Ku kaya-ya-yak kan saman cinta

Yak-yak-yak-yay

Ku kaya-ya-yak kan saman cinta

Ku tak kisah kau nak samanku berjuta

         

Kredit:

1. Wikipedia

2. Sinar Harian

3. Media Hiburan

4. Fiksyen Shasha

5. Instagram Ayie Elham




Hakcipta iluminasi.com (2017)