Biodata

1. Pemilik nama sebenar Mohd Hafiz bin Mohd Suip. Dikenali sebagai Hafiz Suip.

2. Merupakan penyanyi dan pelakon.

3. Lahir pada 27 Februari 1990 di Kuching, Sarawak, Malaysia. Kini berusia 29 tahun (2019).

4. Anak sulung daripada tiga beradik.

5. Bekas pelajar SMK St Joseph.

6. Mula menapak dalam dunia seni sejak tahun 2009 iaitu di usia 19 tahun selepas diangkat sebagai juara program realiti nyanyian, Akademi Fantasia musim ketujuh. Antara lain, musim itu turut melahirkan penyanyi Akim Ahmad, Zizi Kirana, Aril dan Isma.

7. Memperjuangkan genre muzik pop.

8. Antara lagu-lagu hitsnya seperti Bahagiamnu Deritaku, Muara Hati (duet bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza), Ku Akui, Awan Nano, Noktah Cinta, Matahari, Ombak Rindu (duet bersama Adira), Watak dan Kisah Cinta Kita.

9. Sehingga kini sudah mempunyai tiga buah album studio iaitu Masih Jelas (2009), Hafiz (2012) dan Luahan Hati Anak Seni (2013).

10. Sebagai pelakon, beliau membintangi drama Kau Dan Aku yang bersiaran di saluran Astro Ria dari tahun 2009 hingga 2011.

11. Pemegang trofi utama Anugerah Juara Lagu (AJL) pada 2011 dan 2013 menerusi lagu Awan Nano ciptaan Datuk M Nasir dan Bahagiamu Deritaku ciptaan LY.

12. Pada 14 Mei 2016, beliau mendirikan rumah tangga dengan Nureffy Jasreel Abdullah sebelum beroleh cahaya mata sulung berjantina lelaki bernama Muhammad Riyadh Zafri pada 31 Disember 2017.

Foto

biodata hafiz suip penyanyi lagu kisah cinta kita 2

biodata hafiz suip penyanyi lagu kisah cinta kita 3

biodata hafiz suip penyanyi lagu kisah cinta kita 4

biodata hafiz suip penyanyi lagu kisah cinta kita 5

biodata hafiz suip penyanyi lagu kisah cinta kita 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Utusan

3. Astro Awani

4. Instagram Hafiz Suip

5. Youtube Nova Music Videos




Hakcipta iluminasi.com (2017)