Kredit foto: Instagram Shuk Sahar

    

Siapa Shuk Sahar? Mohammad Shukri Mohamed Sahar atau nama popularnya, Shuk Shar merupakan seorang pelakon, pelawak, hos dan penyampai radio Malaysia.

Beliau memulakan kerjaya seni selepas memenangi tempat ketiga dalam program realiti komedi, Raja Lawak musim kelima.

   

Biodata / Profile / Latar Belakang

  • Pemilik nama penuh Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar.
  • Menggunakan nama komersial, Shuk Sahar.
  • Berumur 35 tahun.
  • Kelahiran Pulau Pinang pada 20 Mac 1986.
  • Menceburi dunia hiburan sejak tahun 2011 sebagai seorang pelakon, pelawak, pengacara dan juruhebah radio.
  • Bakatnya dicungkil daripada pertandingan Raja Lawak Musim ke-5 pada 2011 menerusi kumpulan Balas yang turut dianggotai Fendi - meletakkan mereka di kedudukan ketiga sewaktu peringkat akhir.
  • Antara siri dan drama televisyen dibintanginya seperti Jenaka Kampung Kalut (JKK), Joras & Star, Ramadan & Hamdan dan Pop Yeah Yeah.
  • Termasuk telefilem Rombongan Cik Kiah ke Kelana Jaya, Joras: Van Hj Mursyid, Katakan Tidak Pada Cinta dan Ya Habibi.
  • Pembabitannya di layar lebar menerusi filem Adnan Sempit 2, Zack Kapcai, Mana Mau Lari, Zombie Kilang Biskut, Keranda Tok Wan Terbang, Amir dan Loqman Pergi ke Laut dan banyak lagi.
  • Antara rancangan yang dikemudikannya sebagai hos termasuk I Can See Your Voice Malaysia, Mentor Milenia 2019, Mic On dan Ohsem.
  • Berkhidmat sebagai juruhebah di stesen radio Hot FM menerusi rancangan Geng Pagi Hot.
  • Laman Instagramnya (IG), @shuk_hotfm sehingga kini mempunyai lebih 490,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Juga dikenali dengan nama Shuk dan Shuk Hot FM.
  • Antara pencapaian diraihnya termasuk memenangi trofi naib juara dalam program Juara Parodi, naib juara Maharaja Lawak Mega 2016, tempat kelima Super Spontan Superstar 2017 dan juara Bintang Bersama Bintang 2019.
  • Namanya tercalon dalam kategori Pengacara TV Popular, Artis Komedi Popular dan Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.
  • Berkahwin dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih dikenali sebagai Sera pada 20 Disember 2015 dan sehingga kini sudah dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimy.

    

Foto

shuk sahar ig

syuk sahar

instagram shuk sahar

shuk hot fm

shuk sahar wikipedia

shuk

fara salleh

isteri shuk sahar

syuk 486

shuk sahar

Kredit foto: Instagram Shuk Sahar

   

Video

Kredit video: BERI KEJUTAN!! HADIAHKAN MY WIFE DENGAN IPHONE BARU!! -SHUKCHANNEL

    

Sumber:

1. Isteri, anak kena kuarantin, Shuk Sahar terpaksa tinggal di hotel… Jumpa anak hanya depan pagar

2. Shuk Balas insaf saat teman isteri lahirkan anak sulung

3. Wikipedia Shuk Sahar

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)