Biodata
1. Pemilik nama lahir Amir Syazwan Masdi. Dikenali sebagai Amir Masdi.
2. Berasal dari Selangor, Malaysia.
3. Berusia 23 tahun.
4. Merupakan penyanyi rakaman yang memperjuangkan genre muzik pop.
5. Aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2016.
6. Bergelar juara pertandingan realiti nyanyian, Akademi Fantasia 2016 (AF2016). Tugasan lagu yang dinyanyikannya di lapan buah konsert mingguan ialah Obses dendangan asal Akim & The Majistret, Where You Will Go (The Calling), Biso Bonar (Dato' Hattan), Umi (Dato' Shake), Mahligai Permata (Dato' Siti Nurhaliza), medley Misteri Mimpi Syakila / Dari Sinar Mata (Wings / BPR), Ratusan Purnama (Melly Goeslaw & Marthino Lio), Demi Cinta - duet bersama Datin Alyah (Ezad Lazim), Romantis (Spring) dan Pemilik Cinta (single pertama). Antara lain AF2016 turut melahirkan penyanyi Ara Johari dan Ammal Bellamy (gitaris kumpulan OAG).
7. Juga pernah terpilih sebagai peserta AF Megastar 2017 yang bagaimanapun tersingkir di konsert separuh akhir. Lagu-lagu pertaruhannya ialah Grenade (Bruno Mars), Hanya Kau yang Mampu (Aizat Amdan), Sejarah Mungkin Berulang (New Boyz), Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain), Sepi Sekuntum Mawar Merah / Pengemis Cinta (Ella), Kullul Hubbi (Faizal Tahir, Noh Salleh, Aizat Amdan & Mu'adz Dzulkefly) dan Dirgahayu (Faizal Tahir & Dato' Siti Nurhaliza).
8. Setakat ini, beliau sudah melahirkan tiga buah single iaitu Pemilik Cinta pada 2016, Waktu (2017) dan Puas (2018).
9. Sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM).
10. Pada hujung tahun lalu, Amir mendedahkan tekanan yang dialami apabila karier seni yang direncana tidak berkembang sebagaimana rakan seangkatan lain.
Foto
Kredit foto: Instagram Amir Masdi
Video
Kredit video: Youtube Nova Music Videos
Sumber:
2. Mstar
3. Remaja
4, Utusan