Oleh pada 06 Jun 2021 kategori

  

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

‘All Together Now Malaysia’ (ATNMY) merupakan sebuah pertandingan nyanyian yang diadaptasi daripada format antarabangsa popular, ‘All Together Now’, berasal dari United Kingdom dan terbitan oleh BBC One.

Difahamkan, program televisyen ini telah mencipta fenomena tersendiri di serata dunia menerusi negara Australia, Rusia, Turki, Brazil, Norway, Colombia, Denmark, Finland, Perancis dan sebagainya.

Malaysia merupakan negara ke-17 di dunia dan yang pertama di Asia Tenggara menghasilkannya dalam versi tempatan.

Menggunakan khidmat 50 juri dengan membawa konsep muhibah menerusi tagline 'Bersatu Dengan Lagu', rancangan ini bakal menemui penonton Malaysia mulai 6 Jun 2021 di saluran Astro Ria.

Sementara itu, sesi ujibakat musim kedua telahpun dibuka kepada orang ramai secara dalam talian.

all together now malaysia

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Konsep Program

All Together Now versi Malaysia menampilkan format asal yang disertakan dengan pengisian elemen tempatan bagi disesuaikan dengan sensitiviti dan budaya rakyat negara ini.

50 orang juri ditugaskan memberi markah kepada setiap peserta yang berentap. Manakala seramai 24 peserta mengambil bahagian dalam persaingan setiap episod.

Markah peserta akan ditentukan berdasarkan berapa juri yang akan bangun. Setiap juri membawa kepada pungutan dua markah.

Sekiranya semua juri bangun untuk seseorang peserta, maka beliau berjaya mengumpul 100 peratus markah secara keseluruhan.

Tiga peserta dengan markah tiga teratas akan duduk di tiga kerusi yang terletak di pentas. Jika ada peserta lain yang mengatasi markah mereka, kedudukan itu akan diganti dengan peserta baru yang lebih tinggi markahnya itu.

juri all together now malaysia

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Peserta

Hampir 250 peserta memberikan saingan untuk musim pertama ini.

   

Mereka merupakan rakyat Malaysia tanpa had umur dan terdiri daripada penyanyi solo, duo, trio mahupun berkumpulan.

Musim sulung ini menyaksikan beberapa peserta mendapat tumpuan awal kerana populariti yang dimiliki, antaranya Zaki Yamani yang merupakan anak kepada penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah, Najua P. Ramlee; cucu seniman Allahyarham Tan Sri P Ramlee, komposer jingle dan bintang Tik Tok; Ajoi Zainal, penari dan influencer; Baelon, penyanyi remaja; Meer Nash dan Kumpulan Pancit Sitaya yang dikenali menerusi genre irama Malaysia dan Dangdut.

Baca: Biodata Zaki Yamani

Pengacara

Pentas utama ATNMY menyaksikan Sherry Alhadad sebagai hos.

Manakala Juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan Juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar pula memegang mandat mengemudikan program kapsul ‘Di Sebalik All Together Now Malaysia’.

Baca: Biodata Sherry Al Hadad

Baca: Biodata Shaza Bae

Baca: Biodata Nadhir Nasar

     

all together now malaysia 2021

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Senarai Juri

Jumlah juri profesional yang ramai iaitu 50 orang menjadi antara keunikan program ini, apatah lagi mereka terdiri daripada barisan anak seni tersohor yang datang daripada pelbagai cabang seni iaitu di antaranya merupakan penyanyi, pelakon, pelawak, penyampai radio, pengacara, personaliti media sosial dan sebagainya.

Format asal menampilkan 100 orang juri, namun kekangan angkara situasi semasa memaksa jumlah tersebut dikurangkan kepada 50 orang juri sahaja.

Berikut adalah nama-nama yang terlibat:-

1. Dato’ AC Mizal (Kapten / Ketua Juri)

2. Zizan Razak

3. Siti Nordiana

4. Tuju [K-Clique]

5. Erra Fazira

6. Khai Bahar

7. Aina Abdul

8. Ernie Zakri

9. Syamel

10. Andi Bernadee

11. Azzam Sham

12. Jaclyn Victor

13. Liza Hanim

14. Noryn Aziz

15. Mark Adam

16. Zizi Kirana

17. Tabby [Dolla]

18. Angel [Dolla]

19. AzfarHeri

20. Alvin Chong

21. Daniel Cheang

22. Vanessa Reynauld

23. Neeta Manisha

24. Thanuja

25. Kidd Santhe

26. Shiha Zikir

27. Sissy Imann

28. Chubb-e

29. Mimi Fly

30. Yusuf Bahrin

31. Catriona Ross (Kak Kek)

32. Sarah Suhairi

33. Dafi Ismail

34. Ara Johari

35. Azira Syafinaz[DeFam]

36. Harith Zazman

37. Kaka Azraff

38. Ifa Raziah

39. Joey Daud

40. Acong

41. Linda Nanuwil

42. Bob Yusof

43. Nana Mahazan

44. Yaya Zahir

45. Kelly Azman

46. Jad Lobo

47. Haniff Hamzah [ERA]

48. Falyq Hikyle [SINAR]

49. Ean [HITZ]

50. Suresh [RAAGA]

   

Baca: Info Penuh Dan Senarai Juri All Together Now Malaysia (Astro) 2022 Musim 2

all together now astro

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Jumlah Episod

Konsert mingguan bersiaran selama 10 minggu, manakala sebuah episod khas bersempena ulang tahun Astro yang ke-25 pada tahun ini turut diterbitkan dengan penyertaan daripada bekas peserta program hiburan popular Astro seperti Akademi Fantasia, Big Stage, Maharaja Lawak Superstar, The Masked Singer Malaysia, Gegar Vaganza, Ceria Popstar, Kilauan Emas, Golden Melodies dan sebagainya.

Tarikh siaran episod istimewa ini akan diuumkan kelak.

Hadiah

Juara ‘ATNMY’ musim pertama bakal menerima habuan berupa wang tunai RM50,000 berserta sebuah trofi.

all together now malaysia season 1

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Waktu Tayangan

‘ATNMY’ sebelum ini telah ditunda sebanyak dua kali daripada tarikh asal siarannya.

Kini jadual tayangannya ditetapkan bermula 6 Jun 2021 pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Juga ikuti liputan kapsul harian Di Sebalik All Together Now Malaysia yang memaparkan klip persediaan peserta dan juri menjelang konsert mingguan, ke udara setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang mulai 31 Mei 2021.

Kompilasi liputan itu juga boleh ditonton dalam program Kompilasi Di Sebalik All Together Now Malaysia pada setiap Sabtu, jam 7 malam bermula 5 Jun 2021.

Manakala program khas ATN Malaysia Extended pula menghimpunkan klip video bloopers juri dan peserta yang tidak pernah dipaparkan di mana-mana platform, bersiaran setiap Isnin, jam 9 malam bermula 7 Jun 2021.

Menghiasi platform digital pula, rakaman program All Together Now Malaysia Live Plus ditayangkan di laman www.gempak/AllTogetherNowMY sewaktu berlangsungnya konsert mingguan ATNM mulai 6 Jun 2021 pada jam 9 malam.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, strim program-program tersebut melalui aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand.

    

Kredit video: PINTU BELAKANG : SIAPA 49 JURI, 1 KAPTEN & 1 HOST DALAM ALL TOGETHER NOW MALAYSIA???

Sumber:

1. Ramai Juri, Ramai Peserta...Cara Pertandingan Pun Lain Dari Yang Lain! Nantikan All Together Now Malaysia Tidak Lama Lagi!

2. Akhirnya! Semua 50 Juri All Together Now Malaysia Didedahkan!

3. Ujibakat All Together Now

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)