Biodata

1. Pemilik nama sebenar Elizabeth Tan Su Mei. Nama popularnya Elizabeth Tan, namun mesra disapa Lizzy.

2. Lahir pada 18 November 1993 di Kuala Lumpur, Malaysia. Kini berusia 26 tahun (2019).

3. Berketinggian 1.68 meter.

4. Anak bongsu daripada tiga beradik. Abang sulungnya, Andrew Tan merupakan bekas peserta program realiti Malaysian Idol musim pertama.

5. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Gombak, Selangor, sebelum menamatkan pengajian di Dallas, Texas, Amerika Syarikat.

6. Merupakan penyanyi, pelakon dan model.

7. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013.

8. Memperjuangkan muzik berkonsepkan Pop dan R&B.

9. Pernah membintangi filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium dan Busker, serta bakal muncul dalam filem Misteri Dilaila, Escape dan Sekolahaha.

10. Juga drama My Darling Inspektor Daniel, Misteri Jenazah: "Badi Zalia", Gerak Khas: "Jerat Kekasih" dan Senafas Rindu.

11. Termasuk telefilem The Berlian Job, Baby Bro dan Kau Roadblock Hatiku.

12. Lagu-lagu yang pernah dirakamkannya seperti Maafkan Aku, Knock Knock, The World Can Wait, Somewhere New, Setia, Are You Leaving Now, Tabah, Mama (bersama Aziz Harun), Kini Masaku, Darling, Police Entry dan Semua Sudah.

13. Pemegang trofi Artis Baru Terbaik (Wanita) di Anugerah Planet Muzik ke-14, Top Personaliti YouTube Malaysia di Anugerah Influence Asia, Artis Wanita Terbaik di Anugerah Met10, Top 10 Karaoke Melayu Popular di Anugerah Red Box Media Appreciation & K-20 Night, Jualan Lagu Nada Dering Pemanggil Tertinggi di Anugerah Industri Muzik ke-22 dan Top 10 Karaoke Melayu Popular di Anugerah Red Box Media Appreciation & K-20 Night.

14. Bergelar finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30 menerusi lagu Knock Knock dan AJL ke-31 menerusi Setia.

Foto

biodata elizabeth tan pelakon drama senafas rindu 2

biodata elizabeth tan pelakon drama senafas rindu 3

biodata elizabeth tan pelakon drama senafas rindu 4

biodata elizabeth tan pelakon drama senafas rindu 5

biodata elizabeth tan pelakon drama senafas rindu 6

Video

Kredit: 

1. Wikipedia

2. Harian Metro

3. Utusan

4. Instagram Elizabeth Tan

5. Youtube Warner Music Malaysia




Hakcipta iluminasi.com (2017)