Oleh pada 24 Mar 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

'Penunggang Agama' merupakan sebuah filem Malaysia 2021 bergenre seram thriller arahan terbaru sutradara Syafiq Yusof.

Tayangan Astro First mulai 25 Mac ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Azira Shafinaz dan Nasir Bilal Khan.

penunggang agama

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

Sinopsis

“Apabila Manusia Bertuhankan Iblis”

Filem berelemen islamik ini mengisahkan Amir (Zul Ariffin) dan Anna (Azira Shafinaz), sepasang suami isteri yang menerima gangguan makhluk halus.

Atas saranan bapanya, Amir berjumpa Tok Haji (Nasir Bilal Khan) untuk mendapatkan bantuan.

Namun Anna tidak meletakkan kepercayaan pada Tok Haji yang menganggapnya sebagai manusia 'bertopengkan agama'.

Persoalan timbul dalam mencari siapakah sebenarnya penunggang agama dan dalang di sebalik gangguan tersebut.

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Penunggang Agama 2 (Astro First)

penunggang agama movie

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

Pelakon

Menampilkan lakonan hebat watak utama, Zul Ariffin, Azira Shafinaz dan Nasir Bilal Khan.

Barisan pelakon lain termasuk Sabrina Ali, Johan As'ari, Datuk Jalaludin Hassan, Salina Saibi, Putri Qaseh dan Azzahra Ahmad.

Baca: Biodata Zul Ariffin

Baca: Biodata Azira Shafinaz

sinopsis penunggang agama

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Daripada pengarah filem pecah panggung, Syafiq Yusof menerusi syarikat penerbitan, Skop Productions.

pelakon penunggang agama

Kredit foto: Instagram Azira Shafinaz

Tarikh Tayangan

Tersedia di pawagam rumah, Astro First (saluran 480) mulai 25 Mac 2021. 

   

Siaran berulang kali selama 48 jam (2 hari) dengan harga langganan RM15. Strim di perkhidmatan Astro Go dan On Demand untuk pilihan lebih fleksibel.

Untuk lebih info dan sinopsis filem-filem melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Filem

   

Cara Langgan Astro First

Pilih filem di saluran 480, kemudian ikuti langkah-langkah mudah yang dinyatakan. Hantar kod langganan yang tertera melalui SMS ataupun Whatsapp.

     

Kredit video: PENUNGGANG AGAMA - OFFICIAL TRAILER [HD]

Sumber:

1. ‘Penunggang Agama’ bukan sekadar seram, buka minda penonton kembali kepada Tuhan

2. Syafiq Yusof Sahut Cabaran Buat Filem Penunggang Agama, Harap Mesej Diterima Ramai

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)