Kredit foto: Instagram @onestarbyul

    

Penyanyi Jang Han-Byul akui bersedia menyahut cabaran membawakan lagu-lagu berbahasa Melayu dalam program realiti Big Stage musim kedua.

Artis yang berasal dari Korea Selatan itu berkata, dia ingin mencabar diri, sekaligus memberikan saingan kepada para peserta lain.

"Saya melihat semua peserta mempunyai kelebihan dan kekuatan mereka yang tersendiri daripada segi vokal dan persembahan.

"Saya juga bersedia untuk memberi saingan kepada para peserta lain dengan menyanyikan lagu-lagu Melayu ketika mengadakan persembahan.

"Buat masa sekarang, saya sedang cuba menyanyikan beberapa buah lagu yang perlu dihayati untuk menjiwai lagu tersebut.

"Ini merupakan cabaran paling besar buat saya kerana perlu menyanyi dalam bahasa Melayu," katanya kepada portal Astro Gempak.

Beliau membuat kenyataan sewaktu menghadiri sidang media Big Stage 2019 yang berlangsung di Nicsmann, The Starling Mall, Damansara Utama, baru-baru ini.

Kenali Han Byul dengan lebih dekat menerusi coretan biodata yang kami sediakan ini.

    

Biodata

1. Pemilik nama Jang Han Byul. Menggunakan nama pentas, Han Byul.

2. Berasal dari Korea Selatan.

3. Kelahiran Australia pada 4 Julai 1990.

4. Berusia 29 tahun.

5. Membabitkan diri dalam dunia seni sebagai penyanyi dan youtuber.

6. Laman Instagramnya yang menggunakan nama @onestarbyul sehingga kini sudah mengumpul lebih 26,000 pengikut.

7. Antara lagu yang mempopularkan namanya seperti Shooting Star (OST Sassy Go Go) yang mana video muziknya sudah ditonton lebih sejuta kali di Youtube, Run To You (1.2 juta tontonan), Time Is Up (2.4 juta tontonan) dan Let The Wind Blow (2 juta tontonan).

8. Pernah menganggotai kumpulan Korea Selatan, Led Apple dari tahun 2011 hingga 2014.

9. Pernah terlibat dalam dua program realiti Korea iaitu Code: Secret Room dan Society Game.

10. Lagu-lagunya banyak digunakan sebagai runut bunyi drama Korea seperti Blow Breeze, Remember, Sassy Go Go, Marriage Not Dating dan 7th Grade Civil Servant.

     

Foto

han byul 884

han byul kpop star 436

han byul wikipedia

han byul big stage

konsert big stage musim 2 377

big stage musim 2 446

Kredit foto: Instagram @onestarbyul & Instagram @astrogempak

    

Video

Kredit video: Youtube 1theK (원더케이)

     

Sumber:

1. Laman Rasmi Big Stage

2. Astro Gempak

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)