Biodata

1. Nama penuhnya, Wan Naqiuddin Mohd Najib. Dikenali sebagai Naqiu.

2. Berusia 33 tahun (2019).

3. Bekas vokalis kumpulan Boboy yang pernah menempa populariti lebih sedekad lalu.

4. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2001.

5. Boboy antara lain dianggotai Shah Azrizal Kamarulzaman (Shah / gitar), Mohd Muzaffar Nordian (Muz / gitar kedua), Mohd Addinan Azmi (Didie / bes) dan Aris Fahmi Zulkifli (Acik / dram).

6. Mengetengahkan muzik bergenre pop di awal kemunculan. Pernah melakar nama setanding kumpulan remaja popular lain seperti New Boyz dan Spin.

7. Album sulung mereka berjudul Episod Cinta pada tahun 2001 mendapat kutipan dalam anggaran melebihi 30,000 unit. Diikuti penerbitan album kedua, Antara Remaja Dan Dewasa pada 2003 yang beralih kepada konsep muzik pop rock. Bagaimanapun, album ketiga berjudul Masih Mencari pada 2005 mula menerima sambutan hambar.

8. Ketika zaman populariti Boboy, mereka mendedahkan telah menerima tawaran yang banyak hingga mencecah empat ke lima persembahan dalam sehari.

9. Antara lagu-lagu hits Boboy seperti Episod Cinta, Janji Seorang Kekasih, Dalam Benci Ada Rindu, Demi Masa, Bangkitlah dan banyak lagi.

10. Kumpulan itu turut menceburi bidang lakonan menerusi pembabitan dalam telefilem Boboy The Movie pada 2001.

11. Di penghujung kontrak bersama syarikat rakaman, Naqiu mula menyara kehidupan di kelab malam sebagai penyanyi.

12. Sepanjang 'hilang' daripada radar arus perdana dunia muzik sehingga kini, kerjaya Naqiu di kelab malam berterusan yang mana menuntutnya membawa pelbagai genre lagu mengikut permintaan pelanggan dan tetamu yang hadir.

13. Mungkin ramai tidak sedar, Naqiu bersama tiga anggota asal Boboy pernah menggunakan nama kumpulan 'Six Years' untuk menerbitkan single baharu berjudul Hukum Aku. Begitupun, kemunculan semula mereka tidak disedari peminat kerana single itu tidak diputarkan stesen radio.

14. Naqiu juga pernah muncul dengan album solo yang menggunakan judul namanya sendiri.

15. Hampir sepuluh tahun mendirikan tangga dengan isterinya, Hani, beliau kini sudahpun mempunyai empat orang cahaya mata.

Foto

biodata dan latar belakang naqiu bekas vokalis kumpulan boboy 2

biodata dan latar belakang naqiu bekas vokalis kumpulan boboy 3

biodata dan latar belakang naqiu bekas vokalis kumpulan boboy 4

biodata dan latar belakang naqiu bekas vokalis kumpulan boboy 5

biodata dan latar belakang naqiu bekas vokalis kumpulan boboy 6

Video

Kredit: 

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Instagram Naqiu

4. Instagram Boboy Sixyears

5. Youtube Gegar




Hakcipta iluminasi.com (2017)