Oleh pada 26 May 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Susulan filem 18 Puasa di Kampong Pisang yang berjaya mengaut keuntungan hampir RM5 juta, sebuah lagi naskhah di bawah francais Kampong Pisang berjudul 'Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa' bakal menemui peminat filem melayu di saluran Astro First mulai 27 Mei ini.

Edisi Syawal bergenre muzikal ini bakal menghidangkan ragam lucu watak-watak ikonik Kampong Pisang dalam persiapan mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri.

kampung pisang raya

Kredit foto: Instagram Bell Ngasri

Sinopsis

Kisah Pak Din yang bercerita mengenai perbezaan semangat Hari Raya Aidilfitri pada zaman dahulu dan zaman kini, bersama iringan koleksi lagu-lagu popular malar segar yang menjadi siulan ramai.

Ia berlatarkan suasana sehari sebelum hari raya ketika penduduk Kampong Pisang melakukan aktiviti memasak bersama-sama.

Barkoba mendapat tahu bekas kekasihnya kini bergelar isteri kepada seorang pengurus kilang.

Sementara itu, Cik Chun pula merajuk angkara cemburu melihatkan Husin pulang ke kampung membawa kekasih barunya yang bernama Nelly.

Pak Din pula diselubungi pilu kerana anaknya tidak dapat beraya bersama-sama di kampung.

Cik Purnama yang sepi, membawa beg pakaian dan tilam ke mana-mana.

Manakala, Pak Karim dan Kak Som sedih kerana ianya syawal pertama yang diraikan tanpa anak mereka yang sudah pergi.

Daud M pula terikat dengan jadual kerja yang padat kerana berkhidmat di malam raya bagi melangsaikan kerja-kerja penghantaran melibatkan barang-barang yang dibeli penduduk Kampong Pisang secara dalam talian.

kampung pisang muzikal raya

Kredit foto: Instagram Afea Deanna

Pelakon

Barisan watak dijayakan pelakon Datuk Awie, Kaka Azraff, Bell Ngasri, Afea Deanna Baharudean, Joey Daud, Siti Elizad Sharifuddin, Kazar Saisi, Aziz M Osman, Nazeera Sardi, Imuda, Ellie Suriaty Omar, Raja Azmi, Mat London, Dewa Sapri, Ahmad Yasin, Avaa Vanja dan Yoep Hitler.

Baca: Biodata Kaka Azraff

Baca: Biodata Afea Deanna Baharudean

Baca: Biodata Siti Elizad Sharifuddin

Baca: Biodata Nazeera Sardi

kampung pisang

Kredit foto: Instagram Adan Jogentor

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Arahan sutradara Mamat Khalid, terbitan produksi Astro Shaw dan Enjit-Enjit Semut.

kampung pisang muzikal raya movie

Kredit foto: Instagram Afea Deanna

   

Tarikh Tayangan

Berada di pawagam rumah anda, saluran Astro First mulai 27 Mei 2021 yang mana boleh dilanggan dengan harga RM15 untuk tayangan selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Filem ini juga boleh dinikmati di aplikasi Astro GO dan On Demand.

Cara Langgan Astro First

Pergi ke saluran 480, pilih filem yang ingin disewa, kemudian ikut langkah-langkah yang dinyatakan di kaca televisyen.

Hantar kod langganan yang dipaparkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau aplikasi Whatsapp.

Kredit video: KAMPONG PISANG MUSIKAL RAYA ISTIMEWA - OFFICIAL TRAILER [HD]

Sumber:

1. Raya Makin Meriah! Filem Kampong Pisang Muzikal Raya Istimewa Akan Bermula 27 Mei Ini

2. Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)