Kredit foto: Instagram @reza.hasbi

Biodata

1. Nama penuhnya, Muhamad Ridzuan Hasbullah.

2. Dikenali sebagai Reza Hasbi.

3. Berusia 30 tahun.

4. Berasal dari Kuala Kangsar, Perak.

5. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

6. Merupakan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2009.

7. Antara drama dibintanginya seperti Dia Menantu Rahsia, Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Ilaika Yusuf 2, Keluarga K.A.M.I.L, Mek Gyver 2, Yes Sir Nak Pergi Mana, Padamu Aku Bersujud, Oh! My Prince, Sejadah Untuk Dia dan Saka Sisters. Juga telefilem Haji Gugel dan Haloba.

8. Pembabitannya di layar perak bermula menerusi filem Showdown The Movie yang turut menampilkan beberapa pelakon terkenal seperti Iedil Putra, Izara Aishah, Jehan Shukri, Ben Laden, Azad Jazmin, Ammar Alfian, Maria Farida dan Esma Daniel. Selain itu, beliau turut membintangi filem Ratu Kala Jengking arahan sutradara Bade Azmi, terbitan produksi A. Aida Productions Sdn Bhd.

       

Fakta Menarik

  • Bakatnya dikesan daripada rancangan realiti Pilih Kasih. Menerusi program yang mencungkil bakat lakonan drama pentas teater anjuran pelakon Rosyam Nor itu, beliau diangkat sebagai naib juara musim pertama.
  • Mempunyai asas dalam beberapa jenis tarian moden.
  • Perkahwinan dengan isterinya, Reza Rosedarlila sehingga kini dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Muhammad Rifqi Danial dan Muhammad Rafie Daiyan.
  • Akaun laman sosialnya yang menggunakan nama @reza.hasbi sudahpun mengumpul lebih 25,000 pengikut. 

Foto

biodata dan latar belakang pelakon reza hasbi 2

biodata dan latar belakang pelakon reza hasbi 3

biodata dan latar belakang pelakon reza hasbi 4

biodata dan latar belakang pelakon reza hasbi 5

biodata dan latar belakang pelakon reza hasbi 6

Kredit foto: Instagram @reza.hasbi

Video

Kredit video: Youtube TV3 Malaysia Official

Sumber:

1. Wikipedia [1, 2]

2. Utusan

3. Sinar Harian

4. Media Hiburan

5. Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)