Oleh pada 17 Jun 2021 kategori

Kredit foto: Instagram @wnonefz

'Masuk Jawi' merupakan sebuah filem Malaysia 2021 yang diarahkan oleh sutradara Che Mie.

Filem bergenre kanak-kanak ini ditayangkan di saluran Astro First mulai 17 Jun 2021.

pelakon masuk jawi

Kredit foto: Instagram Che Mie

Sinopsis

Filem komedi yang kecoh lagi gamat dengan menggunakan loghat utara ini memaparkan kisah yang bakal mengembalikan nostalgia berkhatan di zaman kanak-kanak.

Berlatarkan lokasi sekitar Jitra, Kedah, ia mengisahkan ragam tiga sekawan, Tat (Amirul Rahman), Syamin (Muhammad Haziman) dan Erry (Muhammad Daffie) yang sudah empat kali melarikan diri daripada berkhatan.

Mereka juga sering sahaja menggunakan tipu helah yang telah membawa masalah besar kepada keluarga masing-masing.

Pelbagai 'strategi' diatur mereka angkara takutkan berkhatan sehinggakan huru-hara seluruh penduduk kampung dibuatnya!

filem masuk jawi

Kredit foto: Instagram Che Mie

Pelakon / Cast

Lakonan Ropie, Amirul Rahman, Muhammad Daffie, Muhammad Haziman, Fendi Seman, Zainol Ismail, Cik Hawa Fasha, Fiesha Sha, Nur Hanim, Zul Ghani, Anne Adorra dan S Azali.

   

masuk jawi movie

Kredit foto: Instagram Che Mie

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Terbitan syarikat produksi Wandet Film Production, arahan oleh sutradara Che Mie.

sinopsis masuk jawi

Kredit foto: Instagram Che Mie

Tarikh Tayangan

Masuk Jawi memasuki pawagam rumah, Astro First mulai 17 Jun 2021 dengan harga langganan RM15 untuk tayangan secara berulang-ulang selama 48 jam (2 hari).

Juga tersedia di aplikasi Astro Go dan platform On Demand.

Cara Langgan Astro First

Untuk melanggan sila ke saluran 480 dan pilih filem yang ingin disewa.

Ikuti langkah-langkah yang dinyatakan di kaca televisyen anda, kemudian hantarkan kod langganan yang diberikan dengan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) atau aplikasi Whatsapp.

Kredit video: OFFICIAL TRAILER Filem 'Masuk Jawi'

Sumber:

1. Astro Gempak

2. Masuk Jawi imbau nostalgia




Hakcipta iluminasi.com (2017)