Oleh pada 15 Apr 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Filem komedi 2021 berjudul '18 Puasa Di Kampong Pisang' merupakan sebuah lagi karya daripada pengarah Mamat Khalid yang bakal menanti penonton saluran Astro First mulai 15 April 2021.

Dibarisi gandingan pelakon terkenal seperti Kazar Saisi, Bell Ngasri, Siti Elizad, Joey Daud, Man Raja Lawak, Ustaz Kazim Elias, Namron, Jaafar Onn, Rani Kulop dan Aziz M.Osman.

18 puasa di kampung pisang astro

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Sinopsis

Dua penceritaan naskhah popular berjudul 16 & 17 Puasa serta Kampong Pisang disatukan dalam sebuah filem terbaharu berjudul '18 Puasa Di Kampong Pisang'.

Mengangkat kisah tentang sekumpulan penduduk Kampong Pisang yang masih tidak meninggalkan kemungkaran walaupun sudah berada di bulan Ramadan.

Kisah bermula apabila Barkoba, seorang penduduk Kampong Pisang telah dirasuk syaitan ketika bulan puasa!

Ia terjadi selepas durian jatuh menghempap kepalanya hingga menyebabkan Barkoba pengsan. Dia kemudiannya telah terserempak dengan syaitan yang ingin mengheretnya ke neraka jahanam.

   

Begitupun, Barkoba beria-ia menafikan segala kesalahan yang pernah dilakukan, sekaligus menidakkan dirinya sebagai penghuni neraka. Namun syaitan itu telah membawanya ke perjalanan masa lampau bagi menyaksikan sendiri segala dosa yang pernah dilakukannya sewaktu hidup di dunia.

18 puasa di kampong pisang

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Pelakon

Naskhah ini digamatkan dengan persembahan lakonan Kazar Saisi, Bell Ngasri, Man Raja Lawak, Joey Daud, Siti Elizad Sharifuddin, Datuk Ustaz Kazim Elias, Aziz M.Osman, Namron, Jaafar Onn, Rani Kulop, Mat London, Yeop Hitler, Afea Deanna, Dewa Sapri, Yah Kuchai, Ahmad Yasin dan Rashid Othman.

Baca: Biodata Man Raja Lawak

Baca: Biodata Siti Elizad Sharifuddin

Baca: Biodata Afea Deanna Baharudean (Yah Kuchai)

     

17 puasa

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah filem arahan Mamat Khalid bersama produksi Astro Shaw dan Enjit-Enjit Semut Motion Pictures.

18 puasa di kampung pisang movie

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Tarikh Tayangan

Dibawa masuk ke saluran pawagam rumah, Astro First (saluran 480) bermula 15 April 2021.

Tayangan berulang kali dalam tempoh 48 jam (2 hari) dengan harga langganan sebanyak RM15.

Juga dimuatkan dalam kandungan perkhidmatan Astro Go dan On Demand.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri (Astro Citra)

   

Cara Langgan Astro First

Pergi ke saluran 480 untuk pilih filem. Ikuti langkah-langkah yang dinyatakan, kemudian hantarkan kod langganan yang tertera di kaca televisyen sama ada melalui SMS ataupun Whatsapp.

Kredit video: 18 PUASA DI KAMPONG PISANG - OFFICIAL TRAILER [HD]

Kredit video: 18 PUASA DI KAMPONG PISANG - TEASER

Sumber:

1. Astro Shaw

2. Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)