Kredit foto: Instagram Ramli MS

  

Ramli M. S. atau nama sebenarnya, Dato' Ramli bin Mohd Salleh merupakan seorang pengarah muzik yang kini dikenali sebagai juri tetap program realiti, Gegar Vaganza.

Beliau terkenal dengan ketegasannya dalam soal disiplin kerja membabitkan bidang muzik.

   

Biodata

1. Pemilik nama penuh Ramli bin Mohd Salleh. Menggunakan nama komersial, Ramli MS, namun lebih selesa disapa Tok Ram.

2. Lahir pada 17 November 1958 di Geylang, Singapura.

3. Merupakan pemuzik, penggubah lagu dan konduktor muzik yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1980.

4. Pemegang trofi Anugerah Industri Muzik (AIM) menerusi kategori Susunan Muzik Dalam Lagu Terbaik. Beliau turut terlibat sebagai penerbit eksekutif album Misha Omar yang diangkat sebagai Album Pop Terbaik pada 2009.

5. Mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Alyah pada 18 Mac 2013 tanpa liputan kepada media sebelum ikatan hubungan itu terbongkar setahun lima bulan kemudian.

6. Mempunyai dua orang zuriat iaitu Najee Ramli dan Nadiah Ramli.

   

Fakta Menarik

  • Pernah bergelar pengetua rancangan realiti popular, Akademi Fantasia musim kedua dan keenam.
  • Seorang yang berkarakter tegas dan amat mementingkan disiplin kerja, walaupun secara peribadi beliau suka bergurau.
  • Hanya bersekolah sehingga darjah enam kerana berdepan masalah kewangan keluarga yang memaksanya bekerja sebagai buruh binaan seawal usia sembilan tahun.
  • Menyara kehidupan sebagai juruelektrik sehingga usia 15 tahun, sebelum menyertai dunia muzik.
  • Minatnya yang mendalam terhadap bidang seni mendorong beliau mempelajari ilmu muzik dengan kaedah membaca dan bertanya.
  • Meraih pengalaman meluas ketika menyertai industri muzik Hong Kong, sebelum akhirnya bertugas dan melebarkan sayapnya ke Malaysia.

    

Foto

ramli ms muda

ramli ms

dato ramli ms

gegar vaganza 2019 232

isteri ramli ms

instagram ramli ms

Kredit foto: Instagram Ramli MS & Instagram Datin Alyah

   

Video

Kredit video: Ini Kisahku - Datuk Ramli MS

   

Sumber:

1. Wikipedia Ramli MS

2. Ini Kisahku - Datuk Ramli MS

3. Lewat Daftar Nikah: Ramli MS & Alyah Boleh Dipenjara

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)