Oleh pada 09 Jun 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

'Arwah Pak Mat, Lif & AJK' merupakan sebuah filem Malaysia 2021 bergenre komedi satira arahan oleh sutradara Khir Rahman.

Memulakan tayangan di Astro First, saluran 480 mulai 10 Jun 2021.

filem arwah pak mat lif ajk

Kredit foto: Instagram @tapai_86

Sinopsis

Bapa Nordin meninggal dunia secara mengejut. Ketika itu pula sedang berlangsungnya pemilihan ketua komuniti di flat tempat dia tinggal.

Selepas mendapat tahu lif rosak, Nordin terpaksa mendapatkan bantuan daripada penduduk flat bagi membawa turun jenazah bapanya dari tingkat 25!

Dalam melaksanakan 'misi' berkenaan, mereka perlu melalui pelbagai cabaran termasuk kegagalan ketika proses pemindahan jenazah.

   

sinopsis arwah pak mat lif ajk

Kredit foto: Instagram @ropie_sryn_official

Pelakon

Lakonan bintang-bintang komedi popular tanah air seperti Joey Daud, Ropie, Wafariena Roslan, Man Raja Lawak, Tauke Jambu, Jalil Hamid, Sathia, Douglas Lim, Anas Ridzuan, Sheila Mambo, Che Mat, Nizam Jentik-Jentik, Wan Gegau, Tapai Raja Lawak, Souya, Kimmy Low dan Shendo Kiut.

Baca: Biodata Wafariena Roslan

Baca: Biodata Man Raja Lawak

Baca: Biodata Tauke Jambu

arwah pak mat lif ajk movie

Kredit foto: Instagram Man Raja Lawak

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd. Arahan oleh sutradara Khir Rahman.

   

pelakon arwah pak mat lif ajk

Kredit foto: Instagram @tapai_86

Tarikh Tayangan

Dibawakan terus ke pawagam rumah, saluran Astro First mulai 10 Jun 2021. Langgan dengan harga RM15 untuk tontonan secara berulang-ulang selama 48 jam (2 hari).

Juga boleh distrim di aplikasi Astro Go dan On Demand.

Cara Langgan Astro First

Langgan di saluran 480 dengan memilih filem yang ingin disewa. Ikut langkah-langkah yang tertera di skrin televisyen.

Kirimkan kod langganan yang dipaparkan sama ada dengan menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) atau aplikasi Whatsapp.

Kredit video: ARWAH PAK MAT, LIF & AJK - OFFICIAL TRAILER [HD]

Sumber:

1. Selepas 10 Tahun, Khir Rahman Tampil Dengan Filem Arwah Pak Mat, Lif & AJK​! Tajuk Pun Dah Tahu Kelakar.

2. Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)