Kredit foto: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris

Biodata

1. Nama penuhnya, Aliff Syukri bin Kamarzaman.

2. Kelahiran Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang pada 3 April 1987.

3. Berusia 32 tahun.

4. Anak kepada Rozita binti Ibrahim yang merupakan pengasas produk kosmetik popular, Sendayu Tinggi.

5. Anak ketiga daripada 12 adik-beradik.

6. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

7. Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Sg. Besar Selangor, Sekolah Menengah Telok Gadong Klang, Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan, Sekolah Integrasi As-Syakirin Shah Alam dan Taylor College.

8. Kini bergelar usahawan, pelakon dan penyanyi.

9. Berjinak-jinak dalam aktiviti perniagaan seawal usia tujuh tahun sewaktu menetap bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor.

10. Bermacam pekerjaan dilakukannya sebelum menceburi perniagaan kosmetik seperti pernah menjadi pegawai perkhidmatan pelanggan, penjaga stor, model sambilan, sehingga nyaris menjadi seorang pramugara!

11. Sebagai pelakon, antara drama dibintanginya seperti Biar Aku Jadi Penunggu, Duda Terlajak Laris, Ooops! Terlajak Nikah, My Coffee Prince, Tuyul Ke London dan Upin & Ipin (musim 11, episod "Terlajak Laris"). Juga menerajui filem sulungnya berjudul Badang di bawah arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen.

12. Selaku penyanyi, beliau pernah merakamkan single Abang Nak Tegur, Biar Apa Orang Kata, Bobo Dimana (duet bersama Nur Sajat dan Lucinta Luna), Agama Kedamaian (duet bersama Datin Shahida) dan Selawat Dodoi Anakku (duet bersama Datin Shahida).

13. Mendirikan rumah tangga di usia 20 tahun dengan rakan sekerjanya, Datin Nur Shahida binti Mohd Rashid yang dua tahun lebih tua. Sehingga kini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 dan Yusoff Al Qardawi, 1.

Foto

biodata dan latar belakang aliff syukri 2

biodata dan latar belakang aliff syukri 3

biodata dan latar belakang aliff syukri 4

biodata dan latar belakang aliff syukri 5

biodata dan latar belakang aliff syukri 6

biodata dan latar belakang aliff syukri 7

Kredit foto: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris

Video

Kredit video: Youtube TV Terlajak Laris

Sumber:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)