Oleh pada 22 Jan 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Rahimah Tanpa Rahim merupakan sebuah drama bersiri televisyen Malaysia 2021 lakonan Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz Roshdi dan Ezzaty Abdullah.

Bermula 22 Januari 2021, drama arahan Eoon Shuhaini ini bakal menghiasi slot Akasia TV3 bagi menggantikan siri Bidadari Salju.

   

rahimah tanpa rahim

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Sinopsis

Rahimah (Puteri Aishah), seorang gadis kampung yang dibenci ibunya, Mak Ani (Liza Abdullah) dan bapanya, Pak Akob (Badrul Muhayat), bertambah malang dengan hasutan adiknya, Rozana (Sera Melissa).

Rahimah disukai Adli (Hafidz Rosdi), meskipun sudahnya dia diperisterikan Jauhar (Azlee Khairi) yang membawanya ke bandar selepas berkahwin.

Nurul (Ezzaty Abdullah) juga menyimpan hati terhadap Jauhar - walaupun dia diminati Ramzi (Mustaqim Bahadon).

Konflik tercetus apabila Rahimah mendapat tahu dirinya mengalami sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauser (MRKH) sekaligus menyedari tidak mempunyai rahim sejak lahir.

Rahimah tidak dapat memberi zuriat kepada Jauhar, lalu mengizinkan Jauhar untuk berkahwin dengan Nurul sebagai isteri kedua.

   

drama rahimah tanpa rahim

Kredit foto: Instagram @jalenar_e_j_a_b

   

Pelakon

Menggandingkan Azlee Khairi dan Puteri Aishah.

Dibantu oleh Hafidz Roshdi, Ezzaty Abdullah, Mustaqim Bahadon, Farhan Asri, Zalfa Zin, Liza Abdullah, Azri Iskandar, Lana Nodin, Amelina, Badrul Muhayat, Che Kem, Anne Abdullah, Sera Melissa, Diana Dee dan Kween Keela.

   

Baca: Biodata Azlee Khairi

Baca: Biodata Puteri Aishah

Baca: Biodata Hafidz Roshdi

Baca: Biodata Ezzaty Abdullah

Baca: Biodata Mustaqim Bahadon

Baca: Biodata Farhan Asri

Baca: Biodata Zalfa Zin

Baca: Biodata Amelina

   

pelakon rahimah tanpa rahim

Kredit foto: Instagram Eoon Shuhaini

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Karya produksi Country & Universal Sdn Bhd, arahan sutradara Eoon Shuhaini.

   

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Lara - Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli [Official Music Video]

   

Tajuk: Lara

Penyanyi: Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli

Komposer: MFMF, Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli

   

rahimah tanpa rahim episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Waktu Siaran

Tayangan 28 episod menerusi slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam mulai 22 Januari 2021.

   

Kredit video: Rahimah Tanpa Rahim l Puteri Aishah & Azlee Khairi

   

Sumber:

1. Drama Rahimah Tanpa Rahim jadi bahan gurauan

2. Drama Sangat

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)