Biodata

Nama penuh: Mustaqim bin Bahadon

Nama popular: Mustaqim Bahadon

Tarikh lahir: 1 Mac 1985

Umur: 33 tahun

Kelahiran: Kangar, Perlis, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, model, jurulatih kecergasan peribadi dan usahawan

Media sosial: Instagram @mustaqimbahadon

Fakta Menarik

1. Anak kelima daripada enam adik-beradik.

2. Berketinggian 1.84 meter.

3. Berdarah kacukan Cina iaitu daripada keturunan sebelah ibunya.

4. Ketika menjalani peperiksaan akhir sewaktu menuntut di pusat pengajian, beliau berhadapan ujian getir apabila bapanya, Bahadon Hamzah meninggal dunia kerana jangkitan kuman dalam paru-paru.

5. Mustaqim merupakan pelajar berkelulusan bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektrikal di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah.

6. Beliau menyertai seterusnya bergelar finalis Pencarian Lelaki Maskulin 2008/2009 yang antara lain turut menjadi platform kepada pelakon Azrel Ismail terjun ke bidang lakonan.

7. Mula aktif dalam dunia seni sejak tahun 2010.

8. Merupakan peragawan sebelum bergelar aktor.

9. Pernah dilantik sebagai duta jenama Jakel selama 4 tahun.

10. Muncul menghiasi beberapa iklan, antaranya Nescafe Ipoh White Coffee.

11. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih peribadi di sebuah gim.

12. Selain mencari rezeki sebagai pelakon, beliau juga menjalankan perniagaan kedai gunting yang beroperasi di ibu kota.

13. Pada tahun 2016, sewaktu menjayakan drama HidayahMu Ramadan, beliau dikhabarkan sedang berhubungan cinta dengan aktres Reen Rahim.

14. Antara drama dibintanginya ialah Asmaradana, Lara Hati, Menantu Tiga Rasa, Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Jodoh (Musim 2), Anak Ke-5, HidayahMu Ramadan, Hati Perempuan, Lara Terindah, Married Tapi Benci, Kerana Anisa, Tiada Arah Jodoh Kita dan Pujaan Hati Kanda.

15. Menerusi telefilem, pembabitan beliau menerusi antaranya, Ku Kejar Cintaku Ke Malaysia, Jodoh Ke Uolls, Kasyaf, Mat Kari Mek Tomyam, Serondeng Daging Abang Sado, Menantu Second Class, Mata Hati Ibu, Fatonah Azali dan Neraka Kasih Maisarah.

16. Penglibatan di layar perak pula dalam filem KL Gangster 2, Kau Yang Satu, Surf This Love: Gelora Juara, KL Special Force dan Rise: Ini Kalilah.

17. Dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2018.

Foto

biodata mustaqim bahadon pelakon drama pujaan hati kanda 2

biodata mustaqim bahadon pelakon drama pujaan hati kanda 3

biodata mustaqim bahadon pelakon drama pujaan hati kanda 4

biodata mustaqim bahadon pelakon drama pujaan hati kanda 5

biodata mustaqim bahadon pelakon drama pujaan hati kanda 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Kosmo

3. Harian Metro

4. Instagram Mustaqim Bahadon




Hakcipta iluminasi.com (2017)