Kredit foto: Instagram Zalfa Zin

     

Zalfa Zin merupakan antara pelakon yang membintangi drama bersiri terbaharu yang bakal ke udara  di saluran TV Okey (RTM) berjudul Alergi Mamat Romantik.

Drama adaptasi novel tulisan Ezza Mysara dan arahan Harris Fadzillah itu antara lain  menampilkan lakonan Zara Zya, Fadlan Hazim, Aprena Manrose, Zera Hariz, Syazwan Zulkifly, Puteri Khareeza, Jasper Supayah, Sazrin Aizul dan ramai lagi.

    

Biodata Dan Latar Belakang

Norzafifah binti Mohd Zin atau nama komersialnya, Zalfa Zin merupakan seorang pelakon dan model kelahiran Kuala Lumpur pada 25 Mei 1993.

Berusia 27 tahun, beliau yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2014 ini menghiasi layar kaca televisyen menerusi drama-drama terkemuka seperti Lara Aishah, Sayangku Kapten Mukhriz, Gerak Khas (Episod Kifarah), Cindai, Bukan Gadis Biasa, Degup Cinta dan Alergi Mamat Romantik.

Turut membuat kemunculan di layar perak, beliau pernah menggalas peranan watak dalam filem Kampung Drift, Volkswagen Kuning, Badang, Ksatria dan Setan Munafik.

Mengakui dirinya sering diberikan peranan berbentuk antagonis, Zalfa mengharapkan agar pihak produksi lebih terbuka dalam menawarkan kepelbagaian watak kepadanya kerana dia enggan terlalu selesa dan terikat dengan watak yang sama.

Laman sosial Instagramnya yang didaftarkan atas nama @zalfazin sehingga kini sudahpun mencapai lebih 205,000 pengikut.

    

Foto

zalfa zin dulu

zalfa zin

instagram zalfa zin

wikipedia zalfa zin

siapa zalfa zin

pelakon alergi mamat romantik

keluarga zalfa zin

umur zalfa zin

drama zalfa zin

Kredit foto: Instagram Zalfa Zin

   

Sumber:

1. Wikipedia Zalfa Zin

2. Zalfa Zin Memilih Watak?

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)